• Admin

Malaysian Cub Prix: Penganjur Utamakan 4 Aspek Keselamatan Kesihatan di Tangkak

Perlumbaan Malaysian Cub Prix 2020 bakal membuka tirainya pada 14-15 Mac ini di Tangkak setelah berehat hampir 3 bulan. Namun musim ini rentak kejohanan sedikit terganggu akibat penularan wabak Covid-19 yang mengancam banyak nyawa.



Buat para peminat kejohanan Malaysian Cub Prix tidak perlu risau, kejohanan yang cukup berprestij itu tetap berlangsung setelah mendapat kebenaran dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Langkah berjaga-jaga peringkat awal diutamakan pada kejohanan sulung 2020.


Antara 4 nasihat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:


1. Semua pasukan dan pihak penaja telah diarahkan bagi memastikan pengurusan serta krew pasukan yang menyertai kejuaraan ini tidak berada di negara yang diancam teruk oleh wabak ini dalam tempoh 15 hari lepas.


2. Setiap penaja telah diminta agar menyediakan pembersih tangan yang mencukupi di khemah promosi masing-masing untuk kegunaan para pengunjung sepanjang kejuaraan ini berlangsung.


3. Pemeriksaan akan dijalankan di pintu masuk litar melibatkan seluruh petugas dan juga orang awam.


4. Pihak penganjur Cub Prix akan membuat pengumuman menerusi alat pembesar suara (PA System) pada setiap masa bagi mengingatkan para penonton yang hadir di litar agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Antaranya adalah seperti berikut:


a. Sentiasa mengamalkan untuk membersih tangan seperti yang telah diterangkan oleh pihak KKM.

b. Amalkan untuk sentiasa menggunakan pembersih tangan yang telah disediakan di litar untuk kegunaan semua.

c. Mengelak daripada menyentuh muka.

d. Pastikan minum banyak air sepanjang kejuaraan tersebut.

e. Jika sesiapa yang mendapati kurang sihat, mereka hendaklah merujuk dan meminta khidmat nasihat daripada pasukan perubatan dengan segera.


Harus diingat, kesihatan amat penting. Jika ada dikalangan peminat yang mempunyai tanda-tanda wabak harus segera berjumpa dengan doktor untuk pengesahan lanjut.


-


Nyatakan pandangan anda ke media.tarmac@gmail.com


#TarmacSports #Covid-19 #MalaysianCubPrix

18 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020