• Admin

Mekanik ZK Racing Team Tambah Ilmu Di Itali

Bagi menghadapi baki pusingan akhir Asia Road Racing 2019 yang lepas dan persediaan kempen kejohanan 2020. Mekanik dan krew pasukan ZK Racing Team menuntut ilmu teknologi baru bagi kos 'suspension' di Cattolica, Emilia-Romagna, Itali pada November lepas.


Kenapa Andreani Group?


Andreani Group merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Cattolica, Emilia-Romagna, Itali dan mengkhususkan pengendalian moden suspension bagi motosikal, basikal, dan kereta. Antara jenama terkenal yang turut dipelajari adalah Ohlins.


Bagi 2020, krew ZK Racing mempunyai jadual padat untuk beberapa kejohanan seperti CEV Championship, Asia Road Racing, Malaysia Superbike Championship dan SIC MiniGP Championship. Jadi, kesempatan selepas perlumbaan akhir CEV Sepanyol yang lepas mereka mengambil kesempatan untuk menambah ilmu baharu.



Perlu diingat, pasukan permotoran banyak bergantung pada kecekapan mekanik dalam memastikan jentera dalam keadaan terbaik. Jadi amat penting untuk mekanik persiap dan tambah ilmu walaupun sudah berpengalaman berbelas tahun dalam bidang mereka.



-

Kongsikan pendapat anda dengan kami dengan email ke media.tarmac@gmail.com


Sila SHARE artikel ini bersama - sama.


53 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png