• Admin

Mentaliti Juara Ada Pada Farid Hakimi Sezli

Juara keseluruhan perlumbaan ‘one-make race’, Cabaran Honda Dash125 musim ini sah menjadi milik Md Farid Hakimi Farid Sezli dari Selangor. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan pertama dan kekal konsisten setiap pusingan.


Kedudukan Farid yang kini sudah mengumpul 185 mata, memang sukar digugat oleh para pencabarnya kerana baki saingan musim ini masih ada dua pusingan lagi untuk diharungi. Walaupun Farid hanya perlu menghabiskan kedudukan ke-6 di Tangkak, beliau terus fokus untuk raih juara pusingan 8.


Pencabar terdekatnya, Ahmad Syamil Akmal Jamaludin yang berada di kedudukan kedua keseluruhan sekadar meraih 107 mata. Manakala kedudukan ketiga keseluruhan dipegang oleh Md Zuhailnabil M Zamree dengan 106 mata.


"Saya hanya fikir untuk untuk kekal di podium setiap perlumbaan walaupun hanya memerlukan kedudukan keenam bagi perlumbaan di Tangkak ini selepas sedikit kecewa menamatkan perlumbaan tempat keenamdi Kangar awal bulan ini.


"Syukur Alhamdulillah, Honda menyediakan jentera yang baik untuk kami berlumba dan terima kepada keluarga yang selalu memberi sokongan yang setiap kali perlumbaan. Untuk perlumbaan di Jempol saya tetap sasar untuk juara walaupun gelaran juara keseluruhan dah diumumkan.


Perlumbaan One Make Race hanyalah permulaan buat pelumba-pelumba muda untuk bergerak lebih jauh. Kesemua 20 pelumba OMR mempunyai peluang yang cerah untuk terus menyinar jika laluan dan latihan yang dibuat adalah betul.


#OMR #BoonSiewHonda #CubPrix #Tangkak



Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020