• Admin

MMRA Tampil Bantu PDRM Selesaikan Masalah Ekzos Perang

Malaysian Motorcycle Racer Association (MMRA) tampil wujudkan kerjasama dengan pihak polis khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam menyelesaikan masalah berkaitan Op Ekzos (bising) yang berlegar dikalangan pengguna motosikal.


Gambar: MMRA

PDRM telah menerima pelbagai aduan mengenai bunyi bising yang datang dari penduduk yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah, PPR dan menggangu ketenteraman dan keharmonian penduduk setempat oleh perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai ekzos motosikal. Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan,


“Dengan mempercayai bahawa bunyi ekzos motosikal mampu meningkatkan kelajuan dan menyelamatkan nyawa adalah meleset dan tidak dibuktikan dengan fakta yang betul.”

Pihak PDRM telah membuat 15 operasi dan menerima kritikan orang ramai. Kos pengubahsuaian ekzos menelan belanja sekurang-kurangnya RM200 sehingga RM2000 untuk memasang ekzos bising pada motosikal tersebut.


Menjadi skop dan tugas PDRM untuk menjaga ketenteraman awam dan menyedarkan mereka yang bersalah dengan sikap yang kurang enak dan mengggangu sebilangan besar penduduk yang sudah muak dengan sikap mereka.


Gambar: MMRA

Fakta mengenai kesan penukaran ekzos


Ekzos adalah komponen dinamik teori yang membantu mengeluarkan tindak balas pembakaran gas dalam sesuatu ruang seperti enjin, kawal suhu dan kawal bunyi. Namun ekzos terdapat dalam pelbagai bentuk dan mampu mengeluarkan bunyi yang pelbagai. Namun ia bukan alat untuk melajukan kenderaan seperti motosikal. Bekas pelumba, Wazi Abdul Hamid turut berkongsi pandangan mengenai ekzos bising.


“Sebenarnya, yang menyebabkan kelajuan motosikal adalah apabila enjin dimodifikasi dan bahagian berkaitan enjin seperti ECU, head dan block. Jika ada pun, 0.5% mungkin ada tapi tak banyak. Saya juga telah bertanya kepada beberapa penguasaha dyno dan mereka mengakui ekzos bukan penyumbang kepada kelajuan”

Antara yang turut hadir adalah ahli gabungan MMRA diketuai oleh Wazi Abdul Hamid dan beberapa pelumba antaranya Azlan Shah Kamarulzaman, Kasma Daniel dan Affendi Rosli.

50 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png