• Admin

Moto2: Catatan Masa Tidak Penting Buat Saya, Tetapi… - Hafizh Syahrin

Pelumba negara yang kembali ke Moto2 setelah 2 tahun berlumba atas jentera MotoGP dengan berbeza keupayaan jentera terpaksa kembali ke Moto2 apabila slot untuk beliau tertutup apabila prestasi tidak menentu ketika bersama pasukan KTM Tech 3.


Sebelum ini Hafizh pernah menggunakan jentera Moto2 jenis Kalex selama 5 tahun, FTR dan Mowarki perlu cepat sesuaikan diri apabila menyertai pasukan Aspar yang menggunakan jentera jenis SpeedUp.


Rekod terbaik Hafizh dalam Moto2 adalah pada tahun 2016 dengan kedudukan ke - 9 keseluruhan dan berjaya mengutip 118 mata dan juga cemerlang pada tahun 2017 pada kedudukan ke - 10 keseluruhan.


Hafizh tekad kembali ke MotoGP 2021 dengan mahu memperbaiki persembahan pada musim 2020 dalam kategori Moto2.


"Saya kena beri saingan terbaik bagi musim 2020 bagi membolehkan impian ini tercapai. Jika ada rezeki, saya mahu kembali lagi,


"Namun saya akan lakukan yang terbaik dalam saingan Moto2 musim depan agar dapat kembali beraksi di MotoGP tahun berikutnya.” katanya kepada media sebelum ini di Sepang.


Matlamat Hafizh pada ujian rasmi di Jerez pada 19 hingga 21 Februari agak berbeza kerana fokus utama belaiu adalah mencari keserasian dengan jentera baru.


“Apa yang boleh saya cakap kami telah menunjukkan peningkatan dengan keadaan jentera terutama apabila saya berada selama kelas MotoGP dan turun ke Moto2 kembali. Perasaan tu agak ganjil dan kurang selesa dengan jentera pada awalnya dan saya berharap agar ujian di Jerez diharapkan membawa peningkatan.


“Untuk bercakap soal kedudukan, sememangnya ia agak jauh dan catatan masa tidak penting buat saya pada ujian kali ini, rata-rata pelumba sudah pun membuat ujian beberapa kali disini. Jerez bukanlah litar kegemaran saya dan saya gembira dapat mendekatkan jarak dengan mereka terutama tahu dimana tempat yang perlu laju.


“Saya akan terus bekerja keras dengan pasukan untuk tingkatkan keupayaan jentera sedikit lagi dan tingkatkan cara tunggangan saya dan selebihnya cuba lakukan yang terbaik.


“Perkara paling penting adalah keserasian bersama jentera dan saya mula serasi dengan jentera dan kami mempunyai beberapa hari di sini dan kami cuba untuk tingkatkan diri sendiri dan seterunya bergerak ke Qatar untuk mengadakan ujian rasmi selama 3 hari di sana.


“Ujian ini adalah penting buat saya untuk serasi dengan jentera dan mencipta keputusan yang mantap pada tahun ini.” katanya apabila ditanya media.


Dalam pada itu, Pengarah Perlumbaan Aspar Team, Gino Borsoi berpendapat Hafizh menunjukkan peningkatan yang baik ketika ditanya.


“Semua tahu bahawa Hafizh merupakan pelumba MotoGP dan gayanya sememangnya cara MotoGP. Pada awalnya sedikit sukar untuk mengubah ke Moto2 kerana MotoGP mempunyai kuasa yang jauh berbeza, sistem elektronik yang pelbagai sememangnya bukan mudah untuk dia.


“Ini adalah kali ke-3 pasukan telah bersama menjalankan ujian dengan Hafizh dan dia tunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit dan dia mula menunggang dengan gaya Moto2, dia mula faham apa yang dia perlukan.


“Kami juga mula memahami apa yang dia perlukan keran bukan mudah untuk mengubah cara tunggangan jentera KTM MotoGP kepada SpeedUp dan sememangnya jentera jauh berbeza dan kami harus bersedia dari segi mental dan cuba mencari jalan penyelesaian kepada pelumba.


“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar. Kami juga gembira dengan mentaliti Hafizh termasuk gayanya dan kami berharap cukup bersedia pada perlumbaan pertama.


“Harapan kami memang tinggi, ya semua ada harapan dan semestinya pelumba MotoGP harus didepan pelumba yang lain tetapi kami juga perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri dan saya cukup yakin Hafizh akan mendapat keputusan yang baik pada musim ini.”


Ujian Rasmi di Jerez bukan sekadar mahu lihat catatan masa siapa yang paling laju sahaja tetapi persiapan untuk konsisten dan mampu bersaing pada perlumbaan sebenar dengan kedudukan yang baik.


Ini catatan mata yang dibuat Hafizh di #JerezTest


* Sesi 7, 8, 9 akan berlangsung pada 21/02/2020


Teruskan sokongan anda buat pelumba negara dengan mengikuti perkembangan di tarmacsports.com dan semua sosial media @tarmacsports



200 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020