• Admin

Moto2: Grantt Lubricants Tampil Taja Hafizh Syahrin Musim 2020

Rabu, 26 Februari 2020:


Hafizh Syahrin hadir ke bangunan KBS sempena ‘Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan' antara syarikat Malaysia, UMW Grantt International Sdn Bhd yang merupakan syarikat jenama Grantt Lubricants.


Grantt Lubricants diperkenalkan pada 2015 dan dibangunkan di Shah Alam dan disahkan berkualiti tinggi dan mengikut piawaian ISO 9001: 2008 yang dibangunkan di dalam makmal. Pelincir ini adalah produk premium berkualiti tinggi dan menawarkan pada harga yang kompetitif dipasaran.


Grantt Lubricants menawarkan pelbagai variasi minyak pelincir termasuk Passenger Car Motor Oil (PCMO), Motorcycle Oil (MCO), Diesel Engine Oil (DEO), Auto Transmission Fluid (ATF), Industrial Oil and Grease.


Sebelum itu majlis menandatangani antara Hafizh dan Grantt lubricants disaksikan oleh Dato M Noor Azman Taib dan Dato Abdul Rashid Musa.


Ditanya mengenai skop perjanjian, pihak Grantt Lubricants yang diwakili oleh Dato Abdul Rashid Musa menjawab soalan media.


“Grantt adalah produk jenama Malaysia dan skop perjanjian dengan Hafizh Syahrin adalah menaja beliau untuk musim 2020. Kita doakan dengan sokongan ini, Hafizh mampu membawa jenama Malaysia secara peribadi dan jenama Grantt ke persada antarabangsa.”




Hafizh pula terus memberi komitmen penuh bagi setiap perlumbaan bagi musim ini.


“Bismilllahirrahmnirahim dan terima kasih kepada semua pihak media yang hadir pada hari ini bagi menjayakan majlis pada hari ini. Saya akan cuba buat yang terbaik pada tahun 2020 ini dengan penaja yang hadir pada tahun ini dan dengan suntikan ini diharapkan mampu memberi semangat kepada saya untuk menjadikan yang terbaik demi negara dan keluarga saya dan semua penaja yang bantu saya selama ini.


“Tiada apa yang boleh saya katakan tetapi saya akan buat yang terbaik dan janji untuk buat sehabis baik untuk diri sendiri dan saya tak berani janji yang saya boleh menang semua perlumbaan tetapi saya akan buat yang terbaik.”


Dato Razlan yang turut sama hadir mengucapkan terima kasih kepada penaja yang berani ke depan dan bantu pelumba negara


“Kami bagi pihak SIC dan bukan sahaja satu badan yang membantu. Saya juga ingin berterima kasih kepada UMW dan Grantt yang tampil membantu pelumba negara kita. Ini yang dinanti-nantikan dan diminta oleh KBS juga untuk syarikat swasta datang membantu atlit-atilit kita yang berada di pentas dunia. Alhamdullllah, ramai lagi syarikat swasta yang mampu ke depan untukmenaja pelumba kita yang berada di pentas dunia seperti Hafizh.


“Tahniah kepada Grantt, saya yakin mereka akan dapat pulangan yang banyak dengan menaja Hafizh bagi musim ini.”


Semoga dengan penajaan ini, Hafizh terus maju dan cemerlang dalam setiap perlumbaan. Peluang yang ada buat semua pelumba kita harus direbut oleh syarikat tempatan untuk menaja apa yang berkaitan.


-

Kongsikan artikel dan pandangan anda bersama kami.


Like juga semua akan social media Tarmac Sports @tarmacsports


122 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020