• Admin

MotoGP 2019 Kini Tamat.

Kejohanan Motosikal Dunia telah berakhir semalam dengan Marc Marquez sekali lagi juara di Valencia dan diikuti Fabio tempat ke-2 dan Jack Miller tempat ke-3.



Perlumbaan MotoGP 2019 berakhir dengan beberapa drama antaranya pengunguman persaraan Jorge Lorenzo yang bergelut dengan prestasi musim ini setelah bersama HRC.


Untuk rekod, sepanjang Lorenzo beraksi dalam MotoGP, beliau mengumpul 3946 mata, 297 perlumbaan, 152 podium, 69 pole position, 68 kemenangan, 11 kemenangan dalam satu musim dan 5 kali juara dunia.


MotoGP juga banyak mencipta rekod baru kejohanan paling diminati dengan Marc Marquez mengumpul 420 mata iaitu rekod baru yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pelumba dalam mana-mana era MotoGP. Marc meninggalkan Dovizioso dengan jarak 151 mata dan Maverick 209 mata. Marc juga memenangi 12 perlumbaan daripada 19 perlumbaan.


Namun bagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, musim 2019 adalah musim yang agak sukar dengan keupayaan jentera yang amat lemah disediakan KTM. Dari segi penajaan, KTM juga tidak menyediakan jentera bagi tujuan latihan dan terpaksa keluarkan duit poket sendiri.


Sebagai peminat sukan permotoran, kita tidak harus menilai Hafizh dengan negatif disebabkan KTM bukanlah pasukan yang baik dalam MotoGP. Lihat sendiri rekod yang dibuat oleh KTM Factory sendiri walaupun memiliki pelumba hebat seperti Pol Espargaro. Ya, mereka hebat dalam Moto2 dan Moto3 tetapi bukan MotoGP.


MotoGP 2019 merupakan tahun Marquez termasuk adiknya Alex yang menjadi juara keseluruhan. Ini adalah benda positif yang boleh dipelajari bagaimana cara keluarga Marquez dominasi kejohanan dengan persediaan latihan, gaya hidup, cara komunikasi dengan mekanik dan crew bagi mengekalkan prestasi sepanjang musim.


Dalam pada itu, kemunculan PETRONAS Yamaha SRT turut mencuri tumpuan apabila Fabio dan Franco membantu Yamaha sebagai pengeluar kedua terbaik dengan hanya beberapa mata dibelakang HRC. Fabio pula muncul pelumba rookie of the year dengan banyak cipta rekod trek yang baru.


MotoGP 2020 bakal bermula esok dengan ujian bebas pasukan di Valencia sebelum mereka berehat panjang bagi kempen 2020 yang banyak kejutan yang belum diputuskan.


#TarmacSports #MotoGP #Pescao55 #HS55 #MM93

3 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png