• Admin

MotoGP: Adam Teruja Guna Pengalaman Menang di Buriram


“Buriram adalah litar yang saya gemari di mana saya mempunyai banyak pengalaman. Saya memenangi Asia Talent Cup di sana dan berharap dapat mempamer persembahan terbaik minggu ini. Perlumbaan di Aragon tidak seperti apa yang saya rancang dan saya masih rasa sakit pada bahu, tetapi dengan setiap hari buat rawatan fisio membuatkan saya kembali kuat.”


Pelumba gantian Moto2 PETRONAS SRT bakal meneruskan rentak dan penambahbaikan di Thailand.


Adam teruja untuk kembali ke aksi Moto2 bersama PETRONAS SRT hujung minggu ini di Thai Grand Prix dan merupakan minggu ketiga bersama pasukan itu bagi menggantikan Khairul Idham Pawi yang masih dalam proses pemulihan.


Buriram merupakan tempat di mana Adam pernah memenangi perlumbaan dan berharap dia akan meneruskan rekod baik dan belajar untuk memperbaiki gaya tunggangan di Litar Buriram yang terletak 400km dari kota Bangkok.


Adam telah menjalani rawatan kecederaan pada bahu kiri selepas cedera sewaktu sesi latihan di Aragon GP di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur bagi memastikan dia cergas untuk berlumba pusingan ke-15 di Kejohanan Dunia itu.


Aksi perlumbaan Moto2 akan bermula di Litar Antarabangsa Buriram pada Jumaat ini 4 Oktober dengan latihan bebas bermula 11:55 pagi sebelum perlumbaan sebenar sebanyak 24 pusingan pada hari Ahad 6 Oktober.


Untuk rekod, Adam memenangi tempat kedua pada perlumbaan ke-2 di Chang International Circuit dan tempat ke-10 bagi perlumbaan 1 di litar yang sama pada 2015 dalam Asia Talent Cup.


Walaupun jentera yang digunakan jauh berbeza. Kemampuan Adam perlu diukur dengan pengalamannya bersaing dalam Asia Road Racing, CEV Moto2 dan berada pada tahap motivasi terbaik.


#AsiaTalentCup #Moto2 #MotoGP #ThaiGP

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020