• Admin

MotoGP: Andrea Iannone Digantung 4 Tahun

Namun ada beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai kes ini. Umum mengetahui Aprilia sebelum ini menantikan keputusan perbicaraan Iannone selepas disabitkan kesalahan menggunakan bahan terlarang yang gariskan oleh WADA.



Iannone dibatalkan dari Pusingan 18 Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM 2019 yang diadakan pada 1-3 November 2019, di Sepang (Malaysia) dan Pusingan 19 Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM 2019 yang diadakan pada 15-17 November 2019, di Valencia (Sepanyol) dengan semua akibat yang dihasilkan termasuk kehilangan pingat, mata dan hadiah.


Antara fakta yang perlu anda ketahui adalah:

1. Kes ini melibatkan tiga pihak iaitu Andrea Iannone, World Anti-Doping Agency (WADA) dan Federation Internationale de Motocyclisme (FIM).


2. Andrea Iannone didapati bersalah menggunakan dadah Drostanolone termasuk sejenis anabolic steroid yang diklasifikasikan dalam Senarai Terlarang WADA 2019 (link).


3. Andrea dikenakan tindakan sekatan selama 4 tahun bermula 17 December 2019.

Drostanolone adalah sejenis pecahan anabolic steroid yang tersenarai juga dalam anti-doping rule violation (ADVR). Bahan ini boleh didapati dari farmasi tertentu dan terkawal. Antara kegunaan Drostanolone adalah untuk merawat kanser payudara dan kini banyak digunakan secara meluas bagi membina otot badan dikalangan ahli bina badan.


Kebanyakkan ahli sukan secara umumnnya akan terus ‘berehat’ dari menyertai aktiviti sukan selepas reputasi tercemar dan memburukkan imej pasukan. Andrea sebelum ini didapati positif kedua-dua sample A & B.


Masa depan Andrea dilihat telah tamat setelah dikenakan tindakan dari menyertai sebarang sukan permotoran yang disahkan oleh FIM kerana kini beliau berumur 31 tahun dan berbaki 3 tahun penggantungan.


“Hari ini saya terima keputusan yang tidak adil dari apa yang saya bayangkan. Saya berharap keadilan yang lebih baik dan keputusan yang lebih bijak. Sekarang saya menderita pada tahap yang paling tinggi dari apa yang saya bayangkan. ”


Kedudukan Aprilia 2021


Pasukan Aprilia MotoGP kini boleh mengatur langkah 2021 bagi mengikat kontrak baru pelumba kedua selepas Aleix Espargaro. Antara nama yang disebut-sebut adalah Andrea Dovizioso, Cal Crutchlow dan salah seorang lagi adalah kemunculan kembali Jorge Lorenzo.


Aprilia harus bijak mengatur langkah supaya dapat memanfaatkan pasukan terutama pembangunan jentera dari memilih pelumba yang popular.

Kes ini agak lambat dibicarakan berikutan kempen MotoGP 2020 telah berlangsung sehingga hampir penghujung perlumbaan.

27 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020