• Fakhrul Syazwan

MotoGP: Bermula Dari Pit Lane Bukan Masalah Utama Sebenarnya - Maverick Vinales,

Yamaha MotoGP didapati bersalah apabila menggunakan enjin yang ditidak mengikuti peraturan dan Vinales dikenakan penalti bermula dari pit lane. Tetapi itu bukan masalah utama Maverick.



Bermula dari pitlane atau bukan masalah bagi Vinales. Namun masalah paling utama adalah kemampuan Yamaha meningkatkan prestasi jentera sejak lima perlumbaan lepas


“Bermula dari pit lane bukan suatu masalah bagi saya. Masalah utama adalah saya tidak selesa dengan jentera sejak lima perlumbaan lepas. Kami kehilangan banyak potensi dan setiap perlumbaan menjadi sukar. Mungkin antara sebab adalah kekurangan jurutera terutama jurutera dari Jepun disebabkan Covid. Kami akan cuba sebaik mungkin bagi mengatasi masalah ini.”

Maverick mengakui beliau kini hanya bekerja dengan tiga krew di pit. Dan ia lebih sukar apabila pasukan seperti Suzuki meningkat dengan konsisten di setiap perlumbaan. Sejak 2016, Honda mengusai perlumbaan dan tiada pelumba Yamaha berpeluang muncul juara dunia.


Berkaitan salah guna enjin.

“Masalahnya adalah kami menggunakan dua valve dengan spesifikasi yang sama dari pembekal yang berbeza apabila pembekal utama telah menghentikan pengeluaran. Perancangan Yamaha Jepun meleset apabila difikirkan tiada masalah untuk menggunakan valve dari pembekal berbeza. Sepatutnya kami perlu memaklumkan perkara ini lebih awal kepada pihak MSMA dan FIM.” - Lin Jarvis

Yamaha kehilangan 15 mata bagi pengeluar disebabkan salah guna valve yang dikesan oleh MSMA. Lin Jarvis juga memaklumkan Maverick mempunyai 2 enjin, namun satu ada masalah. Valentino Rossi mempunyai 2 enjin yang boleh digunakan. Manakala Fabio dan Franco masing-masing mempunyai 3 enjin yang dan Franco mempunyai 3 enjin yang sangat baik.


Valentino Rossi gagal menamatkan perlumbaan di #EroupeanGP

Pengarah Teknikal MotoGP, Danny Aldridge berpendapat sebab utama Yamaha dikenakan penalti oleh FIM Steward adalah apabila Yamaha sendiri datang memberi tahu bahawa mereka menggunakan valve yang dikeluarkan oleh dua pembekal berbeza.


FIM membenarkan penggunaan valve dari pembekal berbeza namun mesti mendapat kelulusan awal dari MSMA yang diketuai oleh Takanao Tsubouchi sejak awal musim perlumbaan.


27 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020