• Fakhrul Syazwan

MotoGP: Dovizioso Perlu Beri Kepercayaan Pada Danilo Petrucci

Dovizioso sedikit emosi apabila rakan sepasukan, Danilo memintas masa setelah mengekori rapat semasa sesi Q 1 dan menidakkan masa yang dicatat untuk ke sesi Q2 sekaligus menyebabkan beliau melemparkan sarung tangan setiba di pit.


Gambar: MotoGP

Dovi berpendapat Danilo tidak mempunyai masa untuk bersaing dalam Q2 di Aragon GP. Paling teruk kedua-dua tidak dapat membantu banyak untuk meraih lebih mata bagi pasukan. Namun tidak sepatutnya Dovi melakukan perkara itu dengan mengurangkan motivasi rakan sepasukan.


“Keadaan saya dengan Danilo kembali seperti biasa. Saya bukan jenis orang yang macam tu (simpan perasaan). Saya cuma katakan apa yang perlu saya katakan.”

Andrea Dovizioso antara pelumba yang jujur walaupun tetap ada pihak yang kurang senang terutama mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Ducati pada musim seterusnya. Dia juga seringkali mengkritik hebat pasukan sendiri setelah tidak berpuas hati dengan prestasi jentera yang gagal diatasi.


Gambar: MotoGP

Keputusan Aragon GP


Dovi menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-7 apabila bermula petak ke-13 manakala Danilo menamatkan kedudukan pada kedudukan ke-15 apabila bermula petak ke-8. Kedua-dua pelumba menggunakan kombinasi tayar yang sama iaitu 'front slick medium' dan 'rear slick medium'.


Dalam temubual, Dovi mengharapkan dapat beraksi pada cuaca yang lebih panas bagi dan mereka kurang bersedia beraksi dalam cuaca yang sedikit sejuk di Motorland Aragon pada minggu ini


#MotoGP.

15 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020