• Fakhrul Syazwan

MotoGP: Hafizh Syahrin Raih Tiga Mata di Teruel

Pelumba Inde Aspar Team yang bermula di kedudukan ke-20 menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-13 sekaligus raih tiga mata berharga di Teruel Grand Prix.


Gambar: Aspar Team

Jelas dominasi kategori Moto2 dikuasai oleh Sam Lowes apabila mantap memimpin perlumbaan seawal lampu hijau hingga ke garisan penamat. Sam meninggalkan 2 saat dihadapan berbanding pelumba lain seawal perlumbaan dan menjarakkan diri dari Fabio di Giannantonio. Pelumba Itali, Enea Bastianini yang gagal menghabiskan perlumbaan pada minggu lepas berjaya memintas Remy Gardner untuk kembali ke podium.


Pelumba Inde Aspar Team, mengutip tiga mata berharga setelah menunjukkan kebangkitan yang bermula di petak ke-20 dan menghabiskan kedudukan tempat ke-13. Hafizh agak tersepit apabila berada dalam kumpulan tengah dari awal hingga akhir. Namun rakan sepasukan Xavi Cardelus yang menggantikan Aron Canet menghabiskan perlumbaan di kedudukan ke-20.


“Perlumbaan yang agak baik dimana saya mampu mengekalkan rentak baik. Saya cuba beri yang terbaik dan pada perlumbaan kali ini saya mempunyai perasaan lebih baik. Sedikit demi sedikit, saya mengejar pelumba dihadapan. Kami akan terus bekerja keras untuk baki perlumbaan seterusnya.”

Gambar: Aspar Team

Hafizh juga berharap semua peminat agar mematuhi pesanan pihak berwajib untuk mengikuti SOP semasa Covid supaya terus kekal selamat sambil saksikan perlumbaan dari rumah.


Jadual Seterusnya


Perlumbaan MotoGP akan bersambung pada 06-08 November ini di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol dan pelumba sempat berehat untuk kembali beraksi pada baki akhir tiga perlumbaan.


#MotoGP #HS55 #HafizhSyahrin #Pescao55

51 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png