• Admin

MotoGP: Kemungkinan Perlumbaan MotoGP Akan Bermula Julai Sehingga November - Carmelo Ezpeleta

Carmelo Ezpeleta, CEO Dorna S.L memberi memberitahu kemungkinan perlumbaan MotoGP akan berlangsung selama 5 bulan jika keadaan mengizinkan, demikian apabila ditanya oleh wartawan BT Sports

Temubual itu banyak tertumpu pada tarikh sesuai atau jangka masa untuk kejohanan moto dunia itu kembali beraksi. Namun tiada tarikh tetap atau litar yang diputuskan untuk diadakan berikutan wabak COVID19 masih merebak seluruh pelusuk dunia.


Namun kerajaan Sepanyol beberapa hari sebelum ini telah pun memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk membawa keluar anak mereka dengan beberapa jam diluar rumah dan ini merupakan petanda positif tentang perintah kawalan atau 'lockdown' oleh beberapa negara.


Bilakah masa untuk MotoGP kembali?


Carmelo:


“Sejak pusingan pertama di Qatar, kami telah bekerja keras bagi menentukan kalendar MotoGP bersama FIM, IRTA serta pengeluar. Dan waktu yang wajar untuk teruskan perlumbaan adalah penghujung Julai dan tamat pada November namun bergantung pada situasi.


"Kejohanan juga bakal diadakan di Eropah dengan dua sekali gus pada litar yang sama dan terus bergerak ke litar yang berlainan."


Adakah anda pertimbangkan semua kategori untuk dilangsungkan?


"Buat masa ini, perkara paling mustahil adalah melangsungkan kejohanan tanpa penonton. Manakala semua kategori tetap dipertandingkan termasuk kategori MotoE. Paling penting sekarang adalah berkerja dengan IRTA dan pasukan bagi menentukan jumlah maksimum yang terlibat di paddock atau lebih kurang 1800 orang.


"Perkara paling mustahak adalah untuk memastikan perlumbaan ditayangkan secara langsung di TV."


Sebelum ini pihak Sepang melalui bekas CEO, Dato Razlan Razali memberi tahu Dorna telah senarai pendek perlumbaan dengan meletakkan Litar Sepang sebagai salah satu pusingan perlumbaan musim ini tatkala dunia diserang virus corona.


Jika dilangsungkan, besar kemungkinan perlumbaan akan dijalankan tanpa penonton namun tetap memberi 'nyawa' kepada pemain industri sukan permotoran.


Gambar Aleix Espargaro keluar bersama anaknya setelah kerajaan Sepanyol melonggarkan perintah berkurung.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020