• Admin

MotoGP: KIP - PETRONAS Sprinta Racing Berpecah

Selepas kenyataan rasmi dari pihak PETRONAS Sprinta Racing mengikat kontrak pelumba Scotland, John McPhee bermaksud tiada lagi tempat buat Khairul Idham Pawi dalam pasukan itu.



Setelah dua musim bersama pasukan, pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi dan PETRONAS Sprinta Racing memilih haluan masing-masing bagi musim hadapan. KIP berdepan dengan musim yang sukar setelah mengalami kemalangan Moto2 pada awal musim 2019.


Namun dengan baki 4 perlumbaan, KIP dan pasukan tetap akan bekerja sama bagi menghabiskan kontrak yang berbaki. Karier pelumba yang baru berusia 22 tahun itu belum lagi pasti sama ada akan bersama pasukan lain atau tidak pada 2021.


“Dua musim yang sukar buat saya dan pasukan terutama apabila berdepan dengan kecederaan. Saya berterima kasih kepada pasukan yang memberi peluang kepada saya bersama dalam pasukan ini. Sudah semestinya saya mahu meneruskan karier saya musim hadapan. Saya akan berusaha dan pamerkan kebolehan saya kepada peminat. Terima kasih.”

Dalam pada itu, John McPhee yang berusia 26 tahun pada tahun ini akan terus bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing bagi kempen 2021 bersebelahan dengan pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder.


Senarai Penuh Pelumba Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team


MotoGP:


- Franco Morbidelli

- Valentino Rossi


Moto2:


- Xavi Vierge

-


Moto3:


- John MchPhee

- Darryn Binder



107 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog