• Admin

MotoGP: Litar Mugello Sumbang Peralatan Perubatan Untuk Hospital di Itali



Ia merupakan dua buah mesin ventilator, dua monitor penjagaan rapi, empat buah defibrilator yang merupakan peranti untuk memulihkan keadaan jantung, sebuah ultrasound dan beberapa peralatan lain bagi kemudahan hospital di Tuscany. Kemudahan ini datang dari Pusat Perubatan yang terdapat di Litar Mugello bagi membantu negara Itali yang dalam keadaan kecemasan akibat Covid-19.


Negara Itali mencatat rekod kes Covid19 dengan jumlah keseluruhan 47,021 ribu dan hampir 10% (4,032) daripada itu dilaporkan meninggal dunia dan sejumlah 5,129 pulih. Ia sekaligus meletakkan negara yang terkenal dengan pelbagai jenama pengeluar motosikal antara terbaik dunia pada kedudukan kedua selepas China di dunia (setakat jam 07:00 petang 21/3/2020).


Kelengakapan seperti respiratori automatik, monitor dan mesin ultrasound dihantar ke Hospital Mugello yang terletak di Borgo San Lorenzo bagi unit kecemasan. Manakala selebihnya dihantar ke Hospital Careggi di Florence.


"Ini adalah masa yang sukar buat semua apabila berdepan dengan wabak Covid-19 dan fokus kami adalah memberi bantuan kecemasan bagi membantu mangsa wabak. Kelengkapan yang ada di pusat perubatan litar adalah tanda pertolongan kecil kami yang boleh membantu menyelamatkan kesihatan." Berkata Paolo Poli, CEO Litar Mugello.


Dunia dilanda krisis wabak itu yang kini meragut beribu nyawa dan masih belum ada penawar yang berkesan membantu sesiapa yang dijangkiti wabak pandemik. Malaysia kini mencatat sebanyak 1183 kes positif Covid19 dan 114 daripadanya telah pulih. Namum 8 daripada keseluruhan telah meninggal dunia dan 37 mangsa berada di Unit Rawatan Rapi.


Sumber: GPOne

29 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020