• Fakhrul Syazwan

MotoGP: Pemilihan Tayar Adalah Tepat - Fabio Quartararo

Fabio menggunakan tayar Michelin jenis 'front slick medium' dan 'rear slick soft' pada hari perlumbaan di Aragon GP. Ini bukan kali pertama digunakan dan pernah diuji pada suhu dan cuaca yang sama pada November 2019.



Fabio yang bermula dipetak pertama gagal mengusai kedudukan kelompok hadapan setelah memasuki pusingan ke-3 perlumbaan walaupun tiada insiden pelanggaran yang berlaku. Seringkali kita dapat lihat Fabio melebar apabila melintasi sekeloh dan ruang itu mudah dipintas oleh pelumba lain.


“Pada awal perlumbaan kami bermula dengan baik. Namun setelah memasuki pusingan ke-3, sukar untuk saya mengawal tayar hadapan dan ini sesuatu perkara yang pelik dan perlu diperbaiki bagi perlumbaan seterusnya”

Kesemua pelumba Yamaha berdepan dengan detik sukar apabila tidak mampu menguasai perlumbaan dan mudah dipintas oleh pelumba lain terutama pada selekoh. Kekuatan Yamaha setiap kali perlumbaan adalah pada selekoh dan ini tidak berlaku pada perlumbaan kali ini.



Pandangan tentang perlumba lain


Fabio apabila ditanya mengenai pelumba lain dan menyatakan cukup teruja dengan kemampuan yang dimiliki oleh Alex Marquez yang mampu bersaing bagi kemenangan podium walaupun bermula pada petak ke-11 dan menamatkan di tempat ke-2 perlumbaan.


Kedudukan juara keseluruhan pada ketika ini dikuasai oleh Joan Mir dengan 121 mata dan Fabio berada pada kedudukan ke-2 dengan 115 mata.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020