• Fakhrul Syazwan

MotoGP: Pertukaran Tayar Saat Akhir Berhasil

Michelin mengesahkan Franco Morbidelli menukar tayar saat akhir sebelum keluar ke Grid dengan kombinasi 'front slick medium' dan 'rear slick medium' yang pada awalnya cuba membuat perbezaan dengan 'rear slick soft'


Gambar: PSRT

Sebermula perlumbaan, Franco bermula dengan baik dan cuba menjarakkan diri dengan pelumba dibelakang namun berhati-hati dengan tidak melakukan kesilapan. Sekitar 6 pusingan akhir, Franco mengekalkan rentak dengan menambah 1.5 saat dari jarak asal 0.5 saat dihadapan Alex Rins dengan unggul dihadapan hingga tamat dengan perbezaan 2.205 saat.


“Semestinya saya gembira dengan kemenangan ini. Rasa sedikit berbeza ketika saya menang di Misano. Semua datang dari kerja keras dan pasukan telah buat yang terbaik sebelum kemenangan ini. Jentera sangat sempurna semasa perlumbaan. Saya cukup selesa dan letakkan penuh fokus sehingga garis penamat. Kemenangan ini untuk mereka, krew saya. Tanpa mereka, mustahil saya disini.”

Strategi yang dimainkan oleh Franco ternyata berjaya menghadiahkan kemenangan walaupun diasak hebat oleh dua pelumba Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir. Franco kini berada pada kedudukan ke-4 keseluruhan dengan 112 mata dengan baki tiga perlumbaan lagi.



Rakan sepasukan


Fabio yang dilihat menghadapi masalah apabila kerap kali melebar di selekoh dan mudah dipintas oleh beberapa pelumba terpaksa menamatkan perlumbaan #AlcanizGP pada kedudukan ke-8 dan menjarakkan lagi kedudukan keseluruhan dengan 14 mata dibelakang Joan Mir.



#MotoGP

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020