• Admin

MotoGP Sedia Untuk Langsungkan 12 Hingga 16 Perlumbaan Bermula Julai 2020.

Ketika bercakap bersama media Sepanyol, Dorna Sports serta dua badan kerajaan tempatan di Sepanyol setuju untuk membentuk satu kertas kerja untuk disampaikan kepada kerajaan persekutuan Sepanyol mengenai perlumbaan yang bakal diadakan. Jika diluluskan, Litar Angel Nieto, Jerez bakal menjadi litar yang bagi 2 perlumbaan secara terus.

Carmelo juga memberi tahu, mereka bersedia untuk anjurkan perlumbaan pada penghujung Julai dan meneruskan perlumbaan beberapa perlumbaan sehingga Disember. Jika boleh, Kejohanan Dunia ini akan tamat juga di Eropah. Antara intipati kertas kerja yang telah disiapkan adalah bagaimana dan apa yang akan berlaku dan bagaimana sesuatu perlumbaan akan dianjurkan. Pihak Dorna bukan sahaja menyerahkan pada kerajaan Sepanyol tetapi juga pada semua negara yang terlibat termasuklah Republik Czech (Brno), Austria dan Itali. Antara lain adalah mengurangkan bilangan petugas rasmi MotoGP daripada 1300 orang.


Bagi perjalanan krew serta pelumba yang berada di luar daripada Eropah perlu datang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perlumbaan dan menetap di Eropah. Seterusnya semua pasukan termasuk pelumba dan krew dari Eropah perlu juga jalani ujian Covid19 sebelum meninggalkan negara masing-masing tidak kurang daripada 4 hari sebelum mereka tiba di Sepanyol. Dalam maksud lain, pelumba dan krew perlu membawa sijil pengesahan yang mereka bebas daripada penyakit dan setelah sampai, mereka sekali lagi perlu mengambil ujian saringan. Mereka semua akan dipantau oleh pegawai perubatan MotoGP bagi memastikan mereka tiada gejala dan sentiasa diambil suhu badan. Mereka semua akan ditempatkan pada satu tempat khas bagi memastikan mereka selamat. Langkah yang dibuat di Sepanyol (Eropah) turut akan dipraktikan di negara lain kata Carmelo. Mengenai jadual penuh, pihak Dorna akan keluarkan pada awal Jun ini dan jika tiada apa-apa masalah, semua perlumbaan di sekitar Eropah akan terlibat secara penuh dan kemungkinan juga dilangsungkan di negara luar dari Eropah. MotoGP juga bersedia untuk anjurkan 12 hingga 16 perlumbaan jika diizinkan.


Sehingga 07 Mei, Eropah mencatatkan sejumlah 1,022,384 kes positif melalui negara Sepanyol, United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman. Namun, sejak seminggu lepas, kadar jangkitan dilihat semakin menurun dan beberapa negara Eropah telah mula longgarkan perintah kawalan serta membuka kembali ekonomi dan ia suatu petanda positif. WHO juga dalam pada ini masih lagi dengan pendirian untuk mengesorkan supaya semua negara menutup pintu sempadan negara dan mengamalkan penjarakkan sosial bagi mengurangkan jangkitan baru. MotoGP mempunyai hampir 2 bulan lebih untuk kembali beroperasi di litar dan kertas kerja yang diusahakan oleh Dorna bukan sahaja dilihat bakal membuahkan hasil positif kepada peminat MotoGP malah pemain, penaja serta keluarga MotoGP amnya. Artikel ini juga disiarkan di sosial media Tarmac Sports Foto: MotoGP


#TarmacSports #MotoGP #StaySafe

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020