- Admin
Netizen Kecam Steward & Race Direction Soal 'Track Limit' di Twitter

Ini bukan kali pertama keputusan yang dibuat oleh Mike Webb selaku Race Director setiap kali ada perlumbaan di San Marino atau litar kontroversi terutama apabila pelumba melepasi garis merah putih atau ‘kerb’
Jadi, apa yang kita faham sebenarnya track limit?
Secara umumnya, terdapat dua bahagian yang digariskan oleh peraturan MotoGP, satu adalah ‘kerb’ iaitu garisan merah putih. Jika jentera berada pada sektor ini, tiada apa-apa tindakan dikenakan. Kedua adalah permukaan hijau selepas kerb. Ini merupakan kawasan ‘larangan’ bagi mana-mana jentera dan tidak boleh digunakan. Tetapi ada peraturannya. Lihat grafik di bawah.

Apa yang boleh kita kaitkan dengan keputusan stewards dalam perlumbaan MotoGP #SanMarino 2019?
Hampir semua kategori melepasi track limit yang bakal dikenakan penalti. Tetapi semua pelumba tidak dikenakan apa-apa penalti terutama melibatkan Augusto Fernandez yang mencecah permukaan hijau untuk memintas Di Giannantonio sewaktu perlumbaan pusingan ke-13 MotoGP 2019. Tetapi keputusan steward adalah (tiada tindakan).
Apa sebabnya? Mike Webb pernah menjelaskan, sekurang-kurangnya pelumba akan dicas penalti sekiranya didapati 3 kali keluar dari track limit setelah diteliti melalui rakaman dan telemetri. Pihak Race Direction sendiri akan menghantar signal kepada pelumba untuk memaklumkan mereka dikenakan penalti. Contoh seperti yang dihantar kepada Marcel Schrotter seperti di bawah.

Dalam Q2 MotoGP dan perlumbaan akhir Moto2 San Marino, tiada sebarang signal dikeluarkan dan cuma diberitakan penyiasatan akan dilakukan.
Bagaimana penelitian berlaku?
Pihak Dorna Sports sendiri telah memasang kamera pada lokasi tertentu dan merekod setiap kedudukan motosikal (secara tepat bukan mata kasar penonton). Sekiranya mana-mana bahagian masih menyentuh ‘kerb’ ia tidak dianggap keluar dari tracks limit (bukan tayar sahaja).
Video penuh penjelasan Mike Webb: http://bit.ly/2lVrD1I
Rekod kontroversi:
1. Rossi & marquez melebihi track limit pada Q2 15/9/2019
Rujuk video: http://bit.ly/2lOYqFY
Keputusan: Tiada penalti disebabkan banyak bahagian masih menyentuh ‘kerb’
2. Lorenzo juga pernah dikaitkan dengan kontroversi ini pada 2016
Keputusan: Tiada penalti dikenakan
3. Augusto Fernandez & Di Giannantonio pada perlumbaan akhir Moto2 #SanMarinoGP
Kesimpulannya, netizen tetap netizan dan keputusan yang dibuat oleh stewards adalah mengikut penilaian data, video dan pendengaran yang lebih tepat.