• Admin

Nombor #4 Ditamatkan Daripada Idemitsu Asia Talent Cup

Asia Talent Cup kali ini diakhiri dengan kemalangan yang tragis. Keluarga besar ATC pasti tidak akan lupa apa yang berlaku pada perlumbaan hari Sabtu.



Seawal pusingan pertama, dua pelumba terlibat dengan kemalangan dikala semua pelumba sedang berada pada top speed dan Afridza Munandar yang terjatuh di tengah litar dilanggar tanpa sengaja oleh pelumba dibelakang beliau.


Pengarah Perlumbaan mengarahkan perlumba dihentikan serta-merta dengan mengibar bendera merah bagi memudahkan pasukan perubatan masuk ke dalam trek perlumbaan.


Pihak perubatan telah melakukan sebaik mungkin dan terpaksa kejarkan Afridza Munandar ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter.



Sejurus sampai di hospital, Afridza tidak mampu lagi diselamatkan disebabkan parah dan pihak Asia Talent Cup & Dorna terpaksa mengumumkan berita sedih tentang pelumba dari Indonesia.


Afridza yang berumur 20 tahun berada pada kedudukan ke 3 keseluruhan kejohanan merupakan seorang pelumba yang hebat dan konsisten sepanjang kempen ATC 2019.


Lebih terasa apabila arwah yang sepatutnya menerima kalungan tempat ke-3 keseluruhan dipodium terpaksa diwakili oleh mekanik beliau dan tidak seperti pemenang keseluruhan tempat pertama & kedua.


Bagi menghormati semangat Afridza Munandar, kesemua pelumba dan pengurusan ATC bersetuju untuk teruskan dengan perlumbaan 2 pada Ahad.


Kesemua pelumba termasuk krew MotoGP turut memberikan penghormatan terakhir dengan mengadakan 'Minutes of Silence' selepas perlumbaan Asia Talent Cup.



Namun, saingan pada perlumbaan 2 cukup sengit dengan dimenangi oleh pelumba negara Syarifuddin Azman dengan tunggangan yang cukup konsisten sebelum menewaskan pelumba dari Jepun.


Kejadian yang menimpa Afridza Munandar adalah kejadian kedua selepas berlaku pada Marco Simoncelli pada 2011 yang meragut nyawa ketika saingan MotoGP diadakan.


Demi menghormati Afridza Munandar, nombor 4 tidak akan lagi digunakan dalam kejohanan Asia talent Cup.

Afridza Munandar meninggal dunia selepas kemalangan ketika perlumbaan 1 Idemitsu Asia Talent Cup di Sepang pada Sabtu dan keputusan itu dibuat bagi menghormati dengan menamatkan penggunaan nombor 4 daripada ATC.


Pelumba dari Indonesia itu dua kali menjuarai perlumbaan pada 2019 dan mengakhiri kedudukan ke-3 keseluruhan. Ia menunjukkan persamaan dengan apa yang dicapai oleh pelumba 20 tahun itu di ATC.


Tarmac Sports mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Afridza dan teman rapat beliau dengan apa yang berlaku. Semoga tenang disana Afridza Munandar.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020