• Admin

ONEXOX TKKR SAG Team Bakal Uji Sistem Brek J.Juan Di Jempol


Ingat lagi apa yang bos ONEXOX TKKR SAG Team cakap masa di Sepanyol tempoh hari? Masa tu ada perlumbaan CEV. TKKR menerima alat ganti sistem brek yang berteknologi tinggi dari pengeluar jenama J.Juan.


Untuk lebih faham kami akan ceritakan apa itu J.Juan? Hebat sangat ke sampai Edu Perales pun suruh guna jenama dari Spain ni.


Apa itu J.Juan?


J.Juan merupakan syarikat keluarga yang berpangakalan di Barcelona yang mengeluarkan komponen sistem brek, haudralik hos brek dan kabel kawalan berkaitan sektor automotif. Pasaran dan aset utama J.Juan adalah menyediakan peralatan berteknologi tinggi kepada syarikat motosikal seperti ATV, UTV dan kereta mini dalam pasaran global sejak 1947.


Jentera mana yang sesuai digunakan?


Jenama yang menggunakan sistem brek ini adalah kebanyakkan nama besar pengeluar motosikal seperti BMW, Triumph, Honda, Ducati, Aprilia, TVS, Suzukui, Husqvarna, Moto Guzzi, MV Agusta, dan banyak lagi. Di Malaysia J.Juan baru pertama kali di bawa oleh TKKR dan digunakan pada jentera Yamaha 150.



Ketika ditanya tentang J.Juan dalam temubual, ini jawapan yang bos TKKR bagi.


“Kemungkinan kita akan gunakan 'parts' J.Juan di Jempol tetapi bergantung pada keadaan sebab kita perlu banyak buat modifikasi untuk 150."


ONEXOX TKKR SAG Team mempunyai jurutera data dan mekanik yang professional dan mereka sedia untuk cuba teknologi baru yang menelan belanja tinggi.


Saingan pusingan ke 9 di Jempol bermula hari ini dan bakal menampilkan aksi menarik dengan kedudukan bagi juara keseluruhan CP150 masih berbuka.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020