• Admin

Pelumba Malaysia Mampu Dominasi Kelas SS600cc

Pelumba Malaysia menguasai saingan Perlumbaan 1 kelas SS600cc pada aksi

pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2020 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


Ia boleh dikatakan detik paling bergaya buat barisan pelumba negara apabila menguasai kedudukan

tiga teratas pada perlumbaan yang penuh mendebarkan itu.



Azroy Hakeem Anuar yang menggalas cabaran pasukan Boon Siew Honda Racing Team, tampil dalam

kelas tersendiri untuk muncul juara dengan catatan masa 21:53.229 saat (s).


Ternyata tuah memihak Azroy selepas pendahulu perlumbaan, Md Adam Norrodin terjatuh pada lap

keenam selepas gagal mengawal jenteranya ketika mengharungi satu selekoh di litar sepanjang

5.543 kilometer itu.


Peluang tersebut dipergunakan sepenuhnya oleh Azroy meskipun misinya untuk bergelar juara tidak

semudah yang dijangkakan.



Dia perlu berdepan cabaran daripada Ahmad Afif Amran (Yamaha GEN BLU Racing Team) yang suatu

ketika selesa memimpin perlumbaan.


Begitupun, Azroy lebih bijak mencuri peluang untuk memintas Afif ketika perlumbaan memasuki lap

terakhir.


“Kemenangan ini mungkin rezeki saya. Ia bukan perlumbaan yang mudah dan bacaan suhu litar juga

sering berubah-ubah. Ia agak menjejaskan fokus kami untuk memaksimumkan kemampuan jentera.

“Prestasi jentera memang berada dalam keadaan terbaik berbanding ketika sesi latihan bebas

semalam,” jelas Azroy.


Pada perlumbaan tersebut, Afif menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa

21:53.288s manakala Md Ibrahim Md Norrodin (PACHI ZK Racing) yang merekodkan masa

21:53.532s menamatkan saingan di tempat ketiga.


Malang menimpa Adam pada perlumbaan tersebut apabila terbabas pada pertengahan saingan

meskipun dia tidak berdepan cabaran daripada para pencabarnya.


Dia memimpin perlumbaan dengan selesa, namun terjatuh ketika mengharungi satu selekoh sukar di

litar berkenaan.


Adam diramal memenangi perlumbana tersebut berdasarkan prestasi yang dipamerkannya ketika

sesi ujian rasmi serta sesi latihan bebas sebelum ini.


Meskipun terjatuh, Adam tetap meneruskan perlumbaan dan sekadar mencecah garisan penamat di

kedudukan ketujuh.


Sementara itu, aksi penutup untuk saingan hari ini memyaksikan Perlumbaan 1 kelas ASB1000cc

yang berlangsung di atas litar yang basah.


Pelumba Jepun, Yuki Ito yang mengetuai cabaran pasukan Yamaha Racing Team ASEAN, melakar

kemenangan pertamanya dalam kelas perdana itu selepas muncul juara dengan catatan masa

28:16.971s.


Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Apiwath

Wongthananon yang merekodkan masa 28:24.580s manakala rakan sepasukannya, Anupab Sarmoon

di tempat ketiga dengan masa 28:39.751s.


Juara keseluruhan kelas ASB1000cc musim lalu, Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR SAG

Team) masih belum menemui rentak apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan

keenam dengan masa 29:00.235s.


Rakan sepasukannya asal Jerman, Markus Reiterberger pula menghuni tempat keempat dengan

catatan masa 28:44.981s.


Markus yang tampil cemerlang pada sesi latihan bebas semalam mengakui kurang selesa beraksi

dalam keadaan litar basah dan ia telah menjejaskan misinya untuk mengulangi kecemerlangan ketika

sesi latihan semalam.


Esok mereka akan kembali ke litar untuk mengharungi Perlumbaan 2.


Keputusan Perlumbaan 1


SS600cc


Azroy Hakeem Anuar (MAS) Boon Siew Honda Racing Team – 21:53.229s

Ahmad Afif Amran (MAS) Yamaha GEN BLU Racing Team – 21:53.288s

Md Ibrahim Md Norrodin (MAS) PACHI ZK Racing – 21:53.532s

Md Helmi Azman (MAS) Boon Siew Honda Racing Team – 21:53.608s

Soichiro Minamimoto (JPN) Akeno Speed Yamaha Racing – 22:05.142s


ASB1000cc


Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Team ASEAN – 28:16.971s

Apiwath Wongthananoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team – 28:24.580s

Anupab Sarmoon (THA) Yamaha Thailand Racing Team – 28:39.751s

Markus Reiterberger (GER) ONEXOX BMW TKKR SAG Team – 28:44.981s

Lorenzo Zanetti (ITA) Access Plus Racing-Okada Team – 28:49.555s


-


Sila kongsi artikel ini dengan klik butang share di bawah.


Sertakan pandangan anda ke media.tarmac@gmail.com

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020