• Admin

Pelumba VR46 Academy Luca Marini, Franco, Belajar Bahasa Inggeris

Bila bercakap tentang VR46, semua tahu ia adalah Valentino Rossi (VR) yang terkenal dengan gelaran 'The Doctor'. Namun dia juga telah melepasi rekod 400 perlumbaan, 9 kali juara dunia, mengambil bahagian dalam 42.5% daripada keseluruhan penganjuran MotoGP.



VR juga memenangi 7 kali GP dengan berlainan jentera, 234 podium dan mencatat 65 kali perlumbaan dengan mula petak pertama. Sebenarnya VR adalah wajah MotoGP disebabkan dia terlibat sebagai pelumba dalam suatu tempoh yang agak lama.


2021 mungkin tahun akhir VR atau tidak. Tetapi kali ini, bukanlah mahu diceritakan tentang peribadi beliau semata-mata tetapi legasi beliau bangunkan bersama pasukan dan puluhan barisan penaja iaitu VR46 Academy.


Pada 2014, Valentino menubuhkan VR46 Academy bagi meneruskan legasi beliau dengan melahirkan dan mempromosi beberapa bakat muda dikalangan orang Itali menjadi seorang pelumba. Pada Mac 2014, VR membuka VR46 Academy dan pada ketika itu disertai oleh Franco Morbidelli, Luca Marini, Andrea Migno, Nicolo Bulega, Romano Fenati dan Francesco Bagnaia (Pecco) sebagai pelajar pertama.



Selepas itu VR46 Academy telah pun bekerjasama dengan 11 pelumba dari FIM CEV Moto3 serta Kejuaraan Dunia Moto3 dan Moto2. Sejak daripada itu, boleh dikatakan pelumba muda dari Itali terus bekerjasama dengan Rossi. Sekarang antara nama nama lain yang turut mengikuti yang menunjukkan peningkatan ketara adalah Celestino Vietti, Dennis Foggia, Stefano Manzi, Lorenzo Baldasari dan Marco Bezzecchi


Antara perancangan penting VR46 Academy adalah MotoRanch sebagai sebuah sekolah perlumbaan yang tertumpu pada 'dirt track' yang lebih baik dari kebiasaan trek di Amerika apabila perlu mengusai selekoh kiri dan kanan. Dirt track merupakan elemen penting bagi semua pelumba kelas MotoGP apabila memerlukan kemahiran kawalan jentera semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.



Walaupun kini mengenjak usia 40 tahun lebih dan kebanyakkan pelumba dibawah akademi beliau hampir separuh usia beliau, mereka tetap diraikan dengan latihan bersama bagi melahirkan lebih banyak Rossi dan generasi pelumba motosikal dari Itali. Sewaktu latihan, mereka diajar bersaing sama rata dan tak perlu hormat hanya faktor usia semasa dalam latihan atau perlumbaan. Hormat itu penting tetapi semasa perlumbaan mereka adalah lawan.


Ranch Rossi bukanlah terlalu eksklusif tetapi turut dibuka kepada beberapa pelumba bukan dari Itali untuk bersama di Akademi. Antara yang pernah hadir adalah Fabio Quartararo, Bradley Smith termasuklah Marc Marquez yang dijemput untuk bersaing secara santai. Antara lain adalah Chad Reed, lagenda AMA Supercross dan siri pelajar Yamaha VR46 Master Camp dengan kerjasama Yamaha Motor.




Selain itu bagi VR46 Academy mereka bukan hanya tertumpu pada perlumbaan semata-mata. Bila mereka berada di kejohanan dunia MotoGP, mereka akan berdepan dengan media seluruh dunia dan penguasaan bahasa Inggeris sangat diperlukan selain bahasa Itali. Akademi ini turut memasukkan kelas belajar bahasa Inggeris yang juga dianggap penting apabila disoal dengan soalan yang pelbagai. Antara pelajar yang menunjukkan keyakinanan dan kebolehan berbahasa Inggeris yang baik adalah Franco Morbidelli.



Bahasa Inggeris beliau boleh dianggap sangat baik malah jauh lebih baik dari Rossi bercakap. Jika anda perhatikan apabila journalis atau wartawan mengajukan soalan, Franco tenang menjawab dengan 'slang' Inggeris mudah.


Akademi Rossi bukan sahaja mengajar bahasa Inggeris untuk berdepan dengan wartawan tetapi lebih penting membina hubungan antara pelumba lain, penaja, pasukan dan keseluruhan ekosistem kejohanan MotoGP. Kelas mereka turut diadakan setiap bulan dengan menjemput guru bahasa Inggeris ke VR46 Academy.



Seharusnya pasukan dan pelumba dari Malaysia perlu memulakan langkah komprehensif ini bagi membentuk pasukan dan pelumba bertaraf dunia. Melalui akademi mereka akan dibentuk dan melahirkan banyak lagi Hafizh Syahrin, Zulfahmi Khairuddin , Azlan Shah, mahupun Shahrol Yuzy!


-


Kongsikan artikel ini bagi membantu permotoran negara.


#TarmacSports




27 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020