• Admin

Penentu Juara Bakal Diketahui Hari Ini

Helmi Azman meraih gelaran juara berganda pada Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.



Selepas mengungguli Perlumbaan 1 pada sebelah pagi , pelumba pasukan Hi-Rev SCK Honda Racing itu sekali lagi menampilkan rentak tunggangan bergaya pada Perlumbaan 2 apabila menamatkan saingan 10 pusingan itu dengan catatan masa 19:49.903 saat (s).


Ia detik paling istimewa buat Helmi kerana kemenangan tersebut telah mengubat kekecewaannya

yang sering menghuni kedudukan keempat dalam dua pusingan MSBK sebelum ini.


Ketiadaan beberapa pencabar terkuat seperti Kasma Danial Kasmayudin, Ikmal serta Adam Norrodin pada saingan kali ini, telah dipergunakan sepenuhnya oleh Helmi untuk membuktikan kemampuannya mencari penyudah podium dan ia telah disempurnakannya dengan baik.


Begitupun, dia tetap berdepan cabaran daripada pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar, tetapi dia bijak mengawal situasi untuk kekal memimpin perlumbaan.


“Alhamdulillah, impian untuk memenangi perlumbaan ini tercapai. Terima kasih kepada krew pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan ini.


“Saya telah memaksimumkan kemampuan jentera dan ia memudahkan tugas untuk merancang

strategi,” jelas Helmi yang kini sudah meraih 126 mata.


Azroy yang menduduki tempat kedua Perlumbaan 2 itu dengan masa 19:49.903s kekal memimpin

kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 166 mata.


Pada Perlumbaan 1 sebelah pagi Azroy turut meraih tempat kedua dengan masa 22:05.392s. Pelumba pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia, Ahmad Afif Amran kekal di kedudukan ketiga pada Perlumbaan 2 selepas melakukannya pada Perlumbaan 1.


Hari ini, mereka akan mengharungi dua lagi perlumbaan bagi menentukan siapa yang bakal bergelar

juara keseluruhan kelas MSBK600 musim ini.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020