• Admin

Perkara Anda Perlu Tahu Kembalinya Marc Marquez, Alex & Cal ke Jerez

'Fit to ride' bermaksud mereka memang betul-betul cergas. Risikonya amat tinggi jika melepaskan pelumba yang tidak cergas ke litar. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi pelumba lain. Perkara ini hanya boleh disahkan oleh pihak Dorna, IRTA dan FIM melalui ujian yang ketat.


Lebih khusus lagi walaupun mereka yang bertaraf bintang perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh FIM dengan menepati syarat ujian yang terdapat dalam Appendix B of the FIM Road Racing World Championship Grand Prix Regulations halaman 324, 325 (rujuk versi terbaru 07 Jun 2020)

Motosikal bukan sahaja hanya tertumpu pada perlumbaan siapa menang atau kalah. Seperti yang kami menyatakan dalam artikel yang sebelum ini, ia adalah rantaian keseluruhan persekitan MotoGP yang melibatakan pelbagai aspek termasuklah teknologi dalam perubatan.


Adakah hanya pemasaran sahaja? Tidak. Untuk mengadalikan jentera MotoGP yang minima berat 157KG pada kelajuan tinggi bukan lagi hal atau perkara pemasaran semata-mata tetapi ia melibatkan nyawa semua pelumba andai mereka tidak cukup cergas untuk kendalikan jentera 1000cc.


Giancarlo Di Filippo, FIM Medical Officer


"Setelah kemalangan Ahad lepas, Marc patah tulang lengan atas. Marc telah buat semua ujian yang diperlukan pihak perubatan dengan cara terbaik dan pada pihak kami dia telah cergas untuk berlumba. Marc dalam ujian perubatan, dia tidak merasa sakit atau sengsara dan daripada pendapat pihak kami, dia cergas."


"Cal pula hanya patah sedikit pada bahagian tangan dan pembedahan dilakukan dengan baik. Dia juga dapat lakukan ujian saringan perubatan dengan baik tanpa ada masalah. Begitu juga Alex Rins yang mengalami dislokasi dan menjalani fisioterapi dan juga cergas untuk perlumbaan hujung minggu ini."


MotoGP™ Traumatology Special, Dr Mir memberitahu pihak media pada 22 Julai lepas:


"Marc bernasib baik apabila kecederaan yang dialami tidak terkena pada saraf bahagian atas lengan. Ini membolehkan pihak kami untuk melakukan pembedahan dan memasukkan plat titanium generasi terbaru pada bahagian atas tulang lengan untuk bantu beliau segera pulih."


"Jenis terapi yang digunakan oleh Marc adalah terapi sejuk menggunakan mesin bagi mengurangkan hematoma (kesan cedera atau lebam) dan apabila tidak bergantung pada mesin, beliau akan melakukan pemulihan fisio pada anggota bahu, siku dan lengan.


"Oleh sebab ia tidak melibatkan saraf pada atas lengan, 50% ruang untuk beliau kembali berlumba masih terbuka bagi perlumbaan di Brno. Beliau juga menunjukkan semangat untuk lawan bagi merebut Juara Dunia."



Jika sesiapa yang mengalami patah tulang bahagian atas lengan dan terkena saraf, mereka hanya boleh disembuh dengan cepat melalui suntikan steriod, terapi fizikal yang boleh kembalikan kekuatan badan, urutan, akuapuntur dan ubat tahan sakit.


Marc selepas pembedahan terpaksa tinggal di hospital selama 48 jam bagi pemantauan doktor di Hospital Universitari Dexeus, Barcelona.


Untuk makluman, MotoGP mempunyai doktor terbaik yang diakui salah seorang doktor terbaik di Sepanyol iaitu Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Angle Charte yang juga salah seorang ketua di Hospital Universitario Dexeus - Grupo Quirónsalud, Barcelona.


Gambar: HRC MotoGP & Suzuki Team






15 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020