• Admin

PETRONAS Bakal Bekal Minyak Bagi Moto2 & Moto3 Bermula 2020

PETRONAS bakal membekal minyak bagi penggunaan Moto3 dan Moto2 sehingga 2022.



Pihak Dorna mengumumkan jenama pengeluar minyak antara terbaik dunia PETRONAS sebagai pembekal rasmi kategori Moto2 dan Moto3 bermula 2020. Jenama minyak dan gas yang cukup dekat dihati rakyat Malaysia juga terkenal sebagai jenama dalam sukan permotoran dunia yang cukup hebat menjadikan rakan MotoGP sebagai rakan strategi yang cukup signifikan bagi kejohanan kelas dunia itu. Kerjasama akan diteruskan selama 3 tahun sehingga tahun 2022.


Dalam penjanjian antara PETRONAS dan Dorna, ia bukan sahaja menjadi pembekal dalam 2 kategori yang cukup kompetitif dengan minyak berkualiti tinggi tetapi turut dipersetujui adalah hak pengiklanan di trek perlumbaan sepanjang kempen MotoGP 2020 sehingga 2022 yang hampir keseluruh benua.


PETRONAS yang menaja pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team mendapat gelaran Rookie terbaik dengan gandingan terbaik Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dengan 5 kali Pole Positin dan 6 kali podium untuk pasukan.


“PETRONAS berasa bangga menjadi pembekal rasmi minyak bagi kejohanan dunia Moto2 dan Moto3. Kerjasama ini adalah disebabkan selepas kejayaan kolaborasi bersama PETRONAS Sepang Racing Team dalam MotoGP dengan penafaran ‘Fluid Technology Solutions PETRONAS’ dalam menyediakan produk berkualiti tinggi bagi arena perlumbaan motosikal. PETRONAS akan teruskan dengan inovasi teknologi dalam sektor produk minyak dan pelincir dengan lebih kompetitif.” Kata Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Arffin, Presiden & Kumpulan CEO PETRONAS.



Dalam pada itu, Carmelo Ezpeleta berkata


“Saya cukup terharu untuk mengumumkan kerjasama dengan PETRONAS. PETRONAS adalah jenama yang cukup sinomin dan jenama yang cukup dikenali bagi sukan permotoran moden, jadi kami cukup bangga untuk melihat PETRONAS hadir dalam MotoGP terutamanya 2 kategori yang dipersetujui di paddock. Pasukan PETRONAS yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai jenama terbaik dan kami menantikan PETRONAS untuk menyediakan minyak untuk perlumbaan terbaik dalam planet bermula 2020.”

12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020