• Admin

Podium Pertama Buat Pasukan BossSusu Motorsports

Pasukan baru yang ditubuhkan dengan berbekalkan impian dan mengekalkan bakat dua pelumba yang pernah menaiki podium beberapa kali pastinya tidak terlalu mengejar kejayaan tetapi persiapan pasukan untuk terus bertahan dalam kejohanan yang kompetitif.


Seawal perlumbaan, Haziq Rosmaza yang bermula pada kedudukan ke-8 serta adiknya Harith Rosmaza yang bermula kedudukan ke-6 tidak diletakkan harapan besar untuk memenangi sebarang podium. Pada awalnya setelah beberapa pasukan dibatalkan sesi kelayakkan disebabkan masalah teknikal, sekali gus memberi ruang kepada kedua pelumba pasukan Boss Susu Motorsports sertai Shoot-Out.


Kedua pelumba ini tidak menunggu lama dan memimpin perlumbaan. Setelah beberapa pusingan, Harith Rosmaza terjatuh pada selekoh pertama dan perlumbaan terpaksa dipimpin oleh Haziq Rosmaza. Namun dipertengahan perlumbaan, pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Rahimi Nabil Razu yang juga pelumba kelahiran Terengganu memintas untuk mengetuai perlumbaan.


Perlumbaan cukup sengit dengan kehadiran Aeiman Hafidz dari pasukan ONEXOX SAG TEAM dari belakang namun Haziq mampu mengekalkan perlumbaan dengan sempurna di tempat ke-2. Bersaing dengan pasukan yang telah lama berada di arena Malaysian Cub Prix dan mempunyai data yang begitu banyak tidak melemahkan pasukan Boss Susu Motorsports untuk pamerkan keupayaan memenangi perlumbaan.


"Perasaan saya sangat gembira dan saya banyak berterima kasih kepada pasukan Boss Susu Motorsports kerana menyediakan jentera yang agak baik pada pusingan kali ini. Pada awal perlumbaan tadi saya berada di kelompok dihadapan dan cuba untuk kekalkan konsisten setiap pusingan dan berjaya tempat ke-2."


"Pada awal pusingan grip tayar amat baik dan ketika di pusingan ke-9 dan ke-10 grip tayar semakin kurang namun tetap cuba untuk kawal perlumbaan.



Haziq juga berkongsi sedikit kecewa apabila tidak dapat melihat adiknya (Harith) bersama-sama menaiki podium setelah terjatuh pada awal perlumbaan.


"Sedikit kecewa apabila tidak dapat melihat Harith untuk sama ke podium walaupun kami sama-sama berada dikelompok hadapan memimpin pasukan."


Untuk perlumbaan seterusnya di Tangkak, Johor Haziq mahu buat yang terbaik dan kekalkan momentum di dan kejayaan rangkul podium di Gong Badak, Kuala Terengganu.



Bagi pemilik pasukan, En Azmi Zainal turut terharu dengan prestasi pasukan termasuk mekanik, pelumba dan semua yang terlibat sebelum berjaya menaiki podium.


"Terima kasih dan tiada kata-kata nak digambarkan. Tadi semasa awal perlumbaan saya nampak potensi untuk memenangi kedudukan 1-2 tetapi dalam perlumbaan apa-apa boleh berlaku dan pelumba hadapan (Harith) jatuh dan pelumba kedua berjaya tamatkan perlumbaan dengan kedudukan podium.


"Semalam cita-cita kita untuk dapat Shoot-Out dan pasukan berhasil dapatkan Shoot-Out. Dan pada perlumbaan hari ini, kita cita-cita mahukan podium dan alhamdulillah kita berjaya dapatkan podium. Yang penting kena usaha lebih sikit."



"Bagi perlumbaan seterusnya di Tangkak, kami akan lebih bersedia dan harapkan kita dapat kekalkan momentum di Kuala Terengganu. Bagi pasukan baru, podium adalah sesuatu yang mustahil bagi 'rookie'. Kami akui pasukan ini masih baru dan banyak lagi perlu disediakan tetapi syukur kami mempunyai pelumba yang bagus dan tunjukkan hasil yang cukup baik."


Perlumbaan yang cukup sengit. Tahniah Boss Susu Motorsports!

61 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png