• Admin

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS Ditunda


Gambar: Malaysia Cub Prix

Safe Aim Mutual Sdn Bhd, selaku penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia, ingin memaklumkan bahawa Pusingan 3 yang dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak pada Mei 22 dan 23 akan ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.

Keputusan ini dibuat untuk mematuhi pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini.

Kalendar baharu untuk musim 2021 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami. Pada masa yang sama, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penganjur kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar senantiasa mengikuti panduan SOP keselamatan untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

5 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png