• Admin

Qabil Irfan Dan Hakim Danish Juara Pusingan Pertama SIC MiniGP

Ahad lepas, pelumba-pelumba cilik, Qabil Irfan Bin Azlan dan Muhammad Hakim Danish Bin Ramli dinobatkan sebagai juara untuk tirai pembukaan Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 1 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada hari ini.



Berasal dari Terengganu, Qabil Irfan yang berusia 8 tahun merupakan pelumba termuda di kejohanan ini. Qabil mengungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 bagi kategori 110CC dengan catatan masa 15:39.347 dan 15:20.696. Manakala, Hakim Danish yang berusia 13 tahun merupakan pemenang untuk kategori 160CC dengan catatan masa 14:44.544 pada Perlumbaan 1 dan 14:16.463 pada Perlumbaan 2.


Mereka begitu fokus dan konsisten dengan latihan kecergasan sebelum kejohanan ini berlangsung. Walaupun litar berada dalam keadaan basah semasa sesi kelayakan, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk melakukan yang terbaik. Malah, sokongan dari ibu-bapa menjadi pembakar semangat untuk mereka melakukan yang terbaik semasa acara berlangsung.



Kejohanan pada hari ini menyaksikan kesemua pelumba cilik mengharungi cabaran apabila sesi kelayakan dijalankan dengan keadaan litar yang basah akibat hujan di waktu pagi.


Pada Perlumbaan 1, para pelumba muda berentap antara satu sama lain dalam keadaan litar yang basah. Nasib tidak menyebelahi buat sesetengah pelumba dimana ada antara mereka yang jatuh akibat tidak dapat mengawal jentera lumba mereka dengan sempurna walaupun menggunakan tayar hujan.


Keadaan cuaca yang lebih baik pada Perlumbaan 2 mendorong para pelumba untuk mula menunjukkan taring masing-masing diatas litar yang kering dengan penggunaan tayar jenis “slick”. Pelumba dapat menyesuaikan diri dalam kedua-dua keadaan cuaca dan juga kondisi litar.



Hasil dari bimbingan daripada bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dan mekanik-mekanik yang terlatih dari pasukan ZK Racing membuahkan hasil dimana para pelumba cilik berjaya mempelajari prosedur dan cara perlumbaan yang profesional.


Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Azman Yahya dan juga beberapa Ahli Lembaga Pengarah SIC telah hadir untuk memberi semangat dan melihat aksi-aksi pelumba cilik di litar. Perlumbaan berlangsung dalam keadaan norma baharu dimana tiada penonton dibenarkan.



Kejohanan SIC MiniGP merupakan satu inisiatif program dari akar umbi yang membolehkan 21 pelumba muda dari usia 8 – 13 tahun untuk menimba pengalaman sebagai pelumba profesional. Acara ini bukan sahaja dapat mencari pelapis dan bakat-bakat baru, tetapi juga memupuk minat dan semangat dari kecil melalui pengalaman dan pengetahuan dari pihak SIC dan ZK Racing dalam sukan permotoran dua roda.


Pusingan 2 akan berlangsung pada 6 September dan diikuti dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 25 Oktober, 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif


"Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kita dapat melihat bakat-bakat pelumba cilik pada Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 1 mula menyerlah dan saya amat berharap lebih ramai bakat-bakat baru bakal dilahirkan melalui program ini. Kami amat bersyukur dengan adanya Zulfahmi Khairuddin yang dapat membimbing dan berkongsi pengalaman beliau dengan pelumba-pelumba cilik ini. Kami bersama-sama pihak ZK Racing akan terus memerhati prestasi mereka di pusingan yang akan datang. Bagi badan-badan korporat yang mempunyai hasrat untuk menyokong program akar umbi ini, saya alu-alukan mereka untuk menghubungi kami untuk sama-sama menjayakan program ini."


Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin


"Saya sangat gembira dapat menamatkan perlumbaan SIC MiniGP yang sulung dengan selamat. Semua pelumba berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik dan krew-krew juga bekerja dengan baik. Apa yang saya harapkan kita dapat melahirkan pelumba yang laju, disiplin di dalam dan luar litar dimasa yang akan datang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihak Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), dan pihak SIC yang menyokong program akar umbi ini. Saya yakin program ini bakal melahirkan pelumba bertaraf dunia dimasa akan datang."

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020