• Admin

Qabil Irfan & Hakim Danish Bakat Yang Perlu Dijaga Segera.

Sewaktu berlangsungnya perlumbaan Pusingan 2 Kejohanan SIC MiniGP semalam, perasaan kami agak terkejut apabila melihat tahap disiplin dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pelumba. Mana tidaknya, mereka boleh bergerak dengan teratur dan tahu apa perlu dibuat semasa perlumbaan. Ia normal bagi pelumba biasa namun agak sukar untuk kita lihat cara pelumba bawah umur bawa diri mereka sendiri semasa hari perlumbaan.



Selesai sahaja sesi kelayakkan sebelah pagi, mereka masuk bersama jentera masing-masing dengan teratur ke pitbox. Seterusnya pergi ke ruang persalinan untuk menukar baju 'riding suit'. Sementara menanti perlumbaan bermula, pelumba cilik ini mengambil nutrien wajib bagi mengelakkan keletihan semasa perlumbaan.


15 minit-20 minit sebelum bermula, mereka telah bersedia dengan 'riding suit' dan bersedia atas kerusi 'rider corner' untuk visualisasi. Kebannyakkan pelumba hanya diam apabila berada dalam pitbox dan masing-masing cuba cari fokus untuk diri sendiri sehinggalah mereka dipanngil untuk keluar ke petak permulaan.



Semalam, Qabil Irfan Bin Azlan dan Muhammad Hakim Danish Bin Ramli meraih kemenangan berturut-turut di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada hari ini.


Qabil, juara bagi Pusingan 1 bagi kategori 110CC, mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan catatan masa 14 minit 49.340 saat dan 14 minit 54.053 saat pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Beliau meninggalkan pencabar terdekat, Adie Putra di tempat kedua dengan dan Awwal Haiqal di tempat ketiga.


Keadaan cuaca yang baik pada hari ini membantu Hakim Danish menggungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dengan catatan masa 17 minit 04.229 saat dan 17 minit 01.706 saat bagi kategori 160CC. Hakim walaupon memulakan perlumbaan di petak akhir akibat kemalangan pada sesi kelayakan di waktu pagi, beliau terus beraksi seperti Marc Marquez dengan memotong setiap pelumba untuk merebut kembali kedudukan pertama.



Nasib tidak menyebelahi Farish Hafiy apabila penunggang bernombor 13 ini terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama. Farish tidak dapat meneruskan perlumbaan bagi menerima rawatan dengan lebih lanjut di hospital. Irfan Haykal menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Amirun Haziq di tempat ketiga pada Perlumbaan 1. Manakala pada Perlumbaan 2, Irfan beralih ke tempat ketiga dan tempat kedua menjadi milik Farres Putra.



Pelumba-pelumba cilik menunjukkan aksi yang lebih baik pada pusingan ini. Mereka dapat memberi maklum balas seperti penunggang professional pada mekanik-mekanik pasukan ZK Racing. Mereka menceritakan apa yang perlu diperbaiki dan dilakukan untuk mendorong mereka berlumba dengan lebih kompetitif.


Hakim Danish berkata, “Syukur kepada Allah SWT kerana memberi saya semangat untuk menjadi juara pada pusingan ini. Perlumbaan 1 agak sengit jika dibandingkan dengan Perlumbaan 2. Saya berasa lebih selesa dengan jentera lumba dan prestasi saya juga meningkat. Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik untuk pusingan yang akan datang.”


Pusingan 3 akan berlangsung pada 25 Oktober dan diikuti dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020