• Admin

Rafid Topan Jadi Perhatian AP250?



Pelumba Indonesia, Rafid Topan Sucipto bakal menjadi tumpuan bagi kelas AP250 pada aksi Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.


Rafid yang menggalas cabaran pasukan Bike Corner SYS KTY Racing Team telah membuktikan kehebatannya pada saingan Pusingan 5 di Zhuhai, China bulan lalu apabila menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 kelas AP250.


Kehebatannya memang tidak boleh diragui lagi lebih-lebih lagi para peminat yang menyaksikannya menjulang gelaran juara keseluruhan kelas Underbone 115cc pada tahun 2011.


Aksi luar biasa yang dia pamerkan pada saingan di Zhuhai bulan lalu, sudah pasti meletakannya selaku pelumba pilihan di Sepang hujung minggu ini.


Malah, dia turut memasang impian untuk mengulangi kecemerlangan yang dibuktikannya di Zhuhai sebelum ini.


Pencapaiannya di Zhuhai bulan lalu turut mengubah kedudukannya dalam carta keseluruhan dan ketika ini dia menghuni tangga ke-10 dengan 78 mata, ketinggalan 67 mata di belakang pendahulu, Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing).


Secara matematiknya, Rafid masih berpeluang untuk memburu gelaran juara kerana masih ada empat perlumbaan lagi untuk diharungi musim ini.


Jika dia mampu melakar gelaran juara berganda di Sepang hujung minggu ini, maka ia akan membuka peluang untuknya mengejar kedudukan pendahulu keseluruhan.


Pasukan yang diwakilinya, Bike Corner SYS KYT Racing Team merupakan pasukan persendirian dalam kelas AP250 di ARRC termasuk ONEXOX TKKR SAG Team.


Pasukan lain merupakan pasukan pengeluar (factory team) yang kini mendominasi saingan kelas AP250.



KEDUDUKAN PELUMBA (Asia Production 250)


1. AM Fadly (INA) (Kawasaki) - 145 mata

2. Irfan Ardiansyah (INA) (Honda) - 140 mata

3. Awhin Sanjaya (INA) (Honda) - 124 mata

4. Muklada Sarapuech (THA) (Honda) - 107 mata

5. Lucky Hendriansya (INA) (Honda) - 97 mata

6. Aiki Iyoshi (JPN) (Kawasaki) - 91 mata

7. Rey Ratukore (INA) (Yamaha) - 85 mata

8. Piyawat Patoomyos (THA) (Honda) - 83 mata

9. Tatchakorn Buasri (THA) (Honda) - 83 mata

10. Rafid Topan Sucipto (INA) (Honda) - 78 mata


KEDUDUKAN PASUKAN (Asia Production 250)


1. Astra Honda Racing Team - 188 mata

2. Manual Tech KYT Kawasaki Racing - 170 mata

3. AP Honda Racing Thailand 161 mata

4. ONEXOX TKKR SAG Team 95 mata

5. Yamaha Racing Indonesia – 87 mata


#ARRC #AsiaRoadRacing

12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020