• Admin

Ramdan Menang, Peerapong Tunggu 10 Tahun Bergelar Juara



Kemenangan pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Md Ramdan Rosli dalam Perlumbaan 1 kelas SS600 pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) telah membawa tuah buat pelumba Thailand, Peerapong Boonlert dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team.


Ramdan berdiri megah bergelar juara perlumbaan tersebut, tetapi Peerapong yang lebih menikmatinya apabila mengesahkan gelaran juara keseluruhan kelas tersebut pada ARRC musim ini. Peerapong hanya perlu berada di kedudukan ketiga perlumbaan tersebut dengan syarat pencabarnya, Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) gagal meraih kemenangan tempat pertama.


Kasma yang telah mendahului perlumbaan sejak lap pertama, telah dipintas oleh Ramdan pada detik terakhir dan keputusan tersebut ternyata memberi kelegaan kepada Peerapong yang menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 21:58.526 saat (s).


Ramdan yang meraih gelaran juara pertamanya musim ini menamatkan saingan dengan catatan masa 21:55.025s manakala Kasma di tempat kedua dengan 21:55.135s.


Keputusan perlumbaan tersebut menyaksikan Peerapong mengumpul 248 mata yang sememangnya sudah tidak mampu lagi untuk digugat oleh pencabarnya.


“Hari ini, tuah nampaknya memihak kepada saya dan ia kemenangan yang sangat bermakna. Saya tidak menghiraukan apa yang berlaku ketika perlumbaan kerana impian saya adalah untuk menang.


“Saya juga tidak ada perancangan untuk membantu pelumba senegara kerana misi utama adalah untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan.


“Alhamdulillah, saya berjaya membuktikannya dan berharap dapat mengulanginya pada Perlumbaan 2 esok,” jelas Ramdan.


Bagi Peerapong pula, dia berasa sangat bangga kerana kerja kerasnya sejak 10 tahun lalu, kini sudah membuahkan hasil.


“Ini adalah gelaran juara keseluruhan sulung buat saya selepas menceburkan diri dalam sukan permotoran sejak 10 tahun lalu. Saya sangat bangga.


“Esok, saya akan beraksi seperti biasa dan tetap mahukan kemenangan,” kata Peerapong.


KEPUTUSAN (5 teratas)


Perlumbaan 1 SS600

Md Ramdan Rosli (MAS) ONEXOX TKKR SAG Team – 21:55.029s

Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong Yamaha Malaysia – 21:55.135s

Peerapong Boonlert (THA) Yamaha Thailand Racing – 21:58.526s

Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing Team – 22:00.837s

Md Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing Team – 22:05.248s

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020