• Admin

Ramdan Rosli Perlu Capai Top 3 CEV 2020 Andai Mahu Ke Moto2 2021


Memasukkan Kasma Daniel dalam Moto2 World Championship bukan bermakna nasib Ramdan Rosli kabur atau tamat.


Tiada istilah potong memotong oleh mana-mana pihak selepas kemasukkan Kasma tetapi ia projek meletakkan pelumba negara yang layak pada masa sekarang untuk beraksi 2020.


Tindakan positif pasukan ONEXOX TKKR SAG Team untuk bawa pelumba negara ke pentas dunia adalah benar walaupun bukan dari pelumba negara yang sedang beraksi dengan pasukan mereka.


Seperti yang kita tahu, Ramdan Rosli yang mengalami kecederaan setelah dilanggar dari belakang ketika beraksi di Circuito de Albacete masih belum sembuh dan KPI yang diletakkan oleh pasukan belum cukup dan pasukan tidak boleh menilai malah tidak adil untuk letakkan Ramdan sebagai tidak berjaya.


Prestasi Ramdan cukup baik namun perlu ditingkatkan bagi musim 2020. Jika diikutkan, Ramdan perlu berada pada 5 terbaik keseluruhan seperti apa yang dijelaskan oleh Prinsipal pasukan Bobby Farid.


“Untuk Ramdan tahun ini dia perlu berada pada kedudukan ke-5 keseluruhan untuk kekalkan tempat berlumba di CEV tahun hadapan, jadi disebabkan dia kemalangan dan kemalangan itu bukan berpunca pada dia, dia dilanggar daripada belakang dan tak adil untuk kita letak KPI atau ‘benchmark’ untuk Ramdan dan tahun hadapan dia akan berlumba di CEV dan kerja Ramdan di CEV akan lebih berat iaitu top 3 Moto2. Jika dia capai KPI, Ramdan akan secara automatik akan berlumba di MotoGP Moto2 dibawah SAG TKKR.


“Dari segi kontrak Nagashima dan Remy hanya setakat 2020. Kita belum ada mana-mana pelumba yang masuk dalam senarai jadi, ruang masih terbuka buat Ramdan andai capai KPI yang disasarkan."


Susulan dari perpindahan Testu ke pasukan lain, pasukan ONEXOX TKKR SAG Team menandatangani kontrak bersama Kasma dan rakyat Malaysia berpeluang cerah untuk melihat Kasma dan Ramdan beraksi dibawah satu payung.


Jadi, tiada istilah Ramdan diketepikan dan peminat sukan permotoran perlu berbangga dan kurangkan kontroversi yang menjatuhkan semangat pelumba negara terutama Ramdan.


Perlu diingat, pasukan ini mempunyai struktur yang lengkap dari bawah sampai ke atas dan mereka adakan kerjasama dari Spain berkenaan kepakaran dan teknologi. Jadi sokongan kepada pasukan dan pelumba amatlah penting.



115 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020