• Admin

Reale Avintia Tamatkan Kontrak Bersama Karel Abraham Serta Merta

Kemaskini: 26 Nov 2019

Kehangatan perpindahan dan ujian musim sejuk MotoGP di Jerez kembali panas apabila pasukan satelit Ducati serta merta menamatkan kontrak kerjasama antara Reale Avintia dan Karel Abraham.



Ini disebabkan Karel Abraham diminta untuk tidak hadir bagi ujian musim sejuk melalui email pada Jumaat malam yang menyatakan perkara tersebut.


Pastinya Karel tidak setuju dengan cara penamatan kontrak atau sekurang-kurangnya diadakan perbincangan ketika perlumbaan atau perbincangan secara tertutup.


Antara sebab utama yang diberi tahu peminatnya, adalah masalah kewangan apabila beberapa mekanik tidak hadir bersama bagi perlumbaan di Sepang tempoh hari kerana tidak dibayar gaji dan Karel tidak membayar sejumlah wang kepada Avintia sebagai dana perlumbaan 2019.


Pernah juga ada satu artikel diterbitkan, ‘Jangan percaya kemewahan trak dan jenama penaja pada jentera Avintia tetapi lihatlah mekanik mereka hanya makan sosej di belakang paddock’. Layanan kepada mekanik amat buruk dari Avintia tetapi tidak ramai yang tahu.



Meskipun kontrak antara Abraham-Avintia akan tamat pada 2020, pengunduran diri Johan Zarco dari KTM Factory menjadi plot utama pertukaran pelumba bagi musim 2020. Sebelum itu, Zarco secara terang berkata sebelum GP Valencia pada Sabtu:


“Saya mahukan pasukan yang baik dan jentera yang mantap dan bagi saya, Avintia bukanlah pasukan yang baik. Jadi saya lebih rela ke Moto2 jika diberi peluang bersama Avintia.”


Namun selepas itu, Zarco dilihat bertemu Gigi Dall’lgna yang dipercayai menawarkan janji kepastian tentang tahap penyediaan jentera termasuk krew dari Ducati.


Sekali lagi campur tangan penganjur GP French , Claude Michy yang memujuk Dorna (Carmelo) untuk pastikan Zarco beraksi dalam MotoGP.


Pelumba berusia 29 tahun yang pernah berlumba dalam WorldSBK itu memakan diri dengan kuasa wang. Hal ini pernah disuarakan oleh Casey Stoner pada 2010, belum sahaja tamat musim MotoGP 2010, Karel Abraham telah disahkan berlumba pada 2011.


“Jika diikutkan rekod Moto2 2010, Karel Abraham belum layak untuk berlumba dalam kategori premier." Namun sebelum berakhir musim 2010, Abraham berjaya mendapat podium di Motegi pada kedudukan ke-3 dan menutup musim 2010 dengan menjuarai bagi perlumbaan di Valencia.


Kenapa Zarco Penting Bagi MotoGP?


Beliau merupakan agenda penting bagi penganjuran French GP kerana bintang seperti Fabio boleh dikatakan tidaklah membesar di Peracis disebabkan Fabio telah berpindah ke Sepanyol seawal usia 7 tahun.


Apa kesan kepada Bruno Circuit?


Seperti yang kita tahu, Bruno Circuit merupakan litar yang dimiliki oleh ayah Karel yang juga jutawan terkenal di Republik Czech, Karel Abraham Sr.


Kontrak Dorna bersama Circuit Bruno sah sehingga 2020. Untuk sambung pada kontrak 2021 agak mustahil kerana kerajaan Republik Czech telah pun memotong hampir separuh perbelanjaan litar negara bagi kempen 2020.


Ayah beliau merupakan faktor utama beliau kekal dalam kejohanan MotoGP sejak 2006 sehingga 2015. Faktor kewangan dan faktor penarikan penonton bagi negara itu.


Andai pun Zarco bakal menandatangani kontrak bersama Avintia, dia tidak akan uji di Jerez disebabkan kecederaan pada kaki sewaktu beraksi di Valencia dan diganti oleh Eric Granado.Kemungkinan jika semuanya terjawab, Zarco saga akan datang ke Malaysia pada Februari bersama Avintia.


Tetapi kita tidak harus persalahkan mana-mana pihak kerana Dorna amat memerlukan wang dan faktor penarik dikalangan pelumba seperti yang kita tahu, kos penganjuran MotoGP amat besar.


Apa yang akan dibuat Karel selepas tidak beraksi?


Kemungkinan beliau jadi peguam bela bagi pelumba motosikal kerana Karel seorang graduan guaman terdidik. Mungkin juga urus pasukan baru bersama ayahnya. Pastinya hubungan beliau dengan Dorna sedikit tercalar dengan apa yang berlaku. Tetapi itu bukan isu utama.


Dalam MotoGP ini ada dua perkara, satu dibayar untuk berlumba dan satu lagi bayar untuk berlumba. Bunyi macam sama tapi lain maksudnya tu.😄


Kongsikan dengan kami gaiss!


#TarmacSports #MotoGP #KA17 #JZ5 #Avintia

2 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020