• Admin

Rossi Pecat Ketua Mekanik Setelah 6 Tahun Bersama




Dalam sidang media semalam, ketika ditanya mengenai apa perubahan bakal berlaku pada 2020. Rossi yang merupakan juara 9 kali memberitahu akan ada perubahan besar dengan membawa masuk ketua mekanik baru bagi menggantikan mekanik sedia ada.


Pada petang Khamis di PTT Thailand Grand Prix, sesuatu yang besar bakal berlaku apabila pengunguman dibuat oleh pelumba bagi pengstrukturan pasukan Yamaha Factory menghadapi musim 2020. Walaupun Rossi sudah berusia 40 tahun, beliau masih mendambakan gelaran ke-10 sebelum menamatkan karier sebagai pelumba paling lama dalam sejarah kejohanan motosikal dunia.




Ketua mekanik baru yang akan menggantikan Silvano Galbusera adalah David Munoz yang merupakan Ketua Mekanik bagi pasukan SKY Racing Team VR46 bagi Nicolo Bulega. Munoz telah bekerja dengan Francesco Bagnaia (Pramac Racing) musim lepas dalam kempen Moto2 dan merupakan faktor utama Bulega berada pada prestasi terbaik tahun 2019.


Rossi yang bakal menganjak usia 41 apabila berlumba pada tahun hadapan akan terus memburu gelaran ke-10 dalam kelas premier. Galbusera telah bekerja bersama Rossi sejak 2014, tetapi ‘The Doctor’mahukan perubahan yang segar bagi mengintai kedudukan hadapan dalam arena MotoGP 2020.


Bercakap dalam sidang media, Rossi mengesahkan perubahan bakal berlaku, “Ya, ia memang betul. Untuk tahun hadapan saya akan tukar ketua mekanik. Selepas perlumbaan di Misano, kami telah berbincang dengan Silvano kerana kami mahu mencuba sesuatu yang boleh menguatkan pasukan. Silvano mahu terus bekerja bersama Yamaha dan pada waktu yang sama Yamaha mahukan seseorang yang berpengalaman dalam menjadikan pasukan ujian kuat untuk tahun hadapan dengan mahukan gerak kerja di Eropah.”


Sebelum itu, Galbusera mengantikan Jeremy Burgess sebagai Ketua Mekanik pada 2014 dan telah mencatat dua gelaran juara setelah 6 tahun bekerja bersama.




Rossi juga membuat kejutan ketika mengumumkan peruabahan:


“Secara jujur, saya tak menjangkan pada awalnya, tetapi selepas kami berbincang dan membuat keputusan yang Silvano akan pergi ke pasukan ujian dan saya akan ada ketua mekanik baru. Dia datang dari pasukan kami sendiri yang bekerja dalam Moto2. Nama dia David Munoz dan dia telah bekerja dengan ‘Pecco’ tahun lepas dan memenangi kejuaraan dan dengan Nicolo tahun ini. Saya teruja dan ia bakal menajdikan pengalaman baru, dia tidak mempunyai pengalaman dengan MotoGP. Dia masih muda dan mempunyai idea yang baik, pasukan sangat gembira akhirnya. Silvano juga turut gembira untuk berada dalam pasukan ujian, jadi kami akan cuba untuk kembali jadi kuat tahun depan.”


Melihat persiapan tahun 2020, pelumba berusia 40 tahun itu sangat optimis dan teruja tentang ketua mekanik baru:


“Dia merupakan nama pertama kerana saya tahu dia dengan baik, saya mengikuti pasukan mereka dengan rapat. Tahun lepas, dia buat kerja dengan cukup baik bersama Pecco. Saya suka cara dia menguruskan sehingga tamat musim dengan banyak tekanan dan Pecco sangat risau apabila hampir kehilangan gelaran juara kepada Olivera. Saya suka cara dia yang diam dan cara dia mengurus situasi. Tetapi dari segi pasukan (VR46 Academy) ia memberi impak yang negative tetapi ia sesuatu yang perlu kami cuba, jadi kita patut tengok.”


Komunikasi antara pelumba dan mekanik amatlah penting bagi memastikan keadaan dan keperluan jentera berada dalam keadaan yang paling terbaik. Peranan mekanik bukanlah menukar apa yang haus tetapi memikir dan melaksanakan apa yang sepatutnya wajar dibuat supaya prestasi kombinasi jentera dan pelumba berada tahap terbaik.


#MotoGP #VR46 #YamahaFactory #ThaiGP

12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020