• Admin

Santi Hernandez Takut Jika Tayar Jentera Honda Haus Awal


Litar Buriram merupakan litar yang boleh dikatakan cukup panas dan ia sangat membimbangkan mekanik dan jurutera pasukan. Dengan keadaan pelumba perlu memecut laju dikebanyakkan sektor menyebabkan perlu ada strategi yang perlu diterapkan bagi mengekalkan kestabilan jentera.


Dalam temubual ringkas, pasukan teknikal memberi pandangan tentang perkara penting yang perlu diberi penekanan.

"Thailand adalah trek baru (kali kedua) bagi kami tapi suatu perkara yang perlu kami tekankan adalah kepanasan. Ia adalah litar yang panas untuk pelumba dan jentera. Jadi menjaga suhu pada brek, air dan minyak amat mencabar bagi kami. Itu adalah perkara pertama yang perlu kami sediakan." – Paul Trevathan (Red Bull KTM Factory)


"Thailand cukup mencabar disebabkan kami tidak mempunyai cukup pengalaman seperti litar lain. Disebabkan litar ini mempunyai jalan lurus yang panjang hampir keseluruhannya, kami perlu memastikan tayar belakang sesuai untuk perlumbaan ini." – Jose Manuel Czeaux (Team Suzuki Esctar)



"Michelin telah bawa 4 jenis tayar tetapi kami tak tahu kerana keperluan sangat tinggi dan masalah paling besar adalah bahagian tepi tayar". - Santi Hernandez (Repsol Honda Team)


"Bahagian pertama adalah bahagian paling penting apabila anda tiba digarisan lurus dan sektor ketiga kami perlu mengubah haluan. Kami akan cuba untuk tidak wheelie terlalu banyak bagi membolehkan jentera mudah untuk menukar arah." - Alberto Giribuola (Ducati Team)


"Jika kamu banyak sangat wheelie, kamu akan hilang banyak pecutan dan perlu banyak kompromi suapaya jentera tidak hanya mengharap tekanan pada tayar belakang." - Silvano Galbusera (Monster Energy YAMAHA)



"Antara perkara lain adalah penjimatan minyak kerana litar ini mempunyai banyak pecutan, kami perlu rancang dengan baik kuasa sehingga akhir perlumbaaan tetapi ia bukan sesuatu masalah buat kami cuma FP1 yang kami risaukan." - Antonio Jimenez (Aprilia Racing Team Gresini)


Disebabkan bentuk dan permukaan Litar Antarabangsa Chang, kandungan tayar belakang yang khusus bakal digunakan oleh Michelin untuk pusingan 15 sama seperti Litar Red Bull Ring, Austria. Rekod terbaik tahun lepas dibuat oleh Marc Marquez dengan catatan 1.31.471 saat.


#MotoGP #Michelin #ThaiGP #TarmacSports

14 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020