• Admin

Saya Cuma Perlu Lebih Laju – Danial Syahmi


Danial Syahmi - MSBK Round 1 2020

Mohd Danial Syahmi A Shahril yang menggunakan jentera Kawasaki bersama pasukan (SIC Racing Team) memenangi tempat ke-2 pada Perlumbaan 1, tempat pertama pada Perlumbaan 2 Malaysia Superbike Championship (MSBK).


“Syukur Alhamdulliah saya dapat P1 untuk Race 2, tetapi agak struggle juga, dalam laps ke-4 saya memotong Izam. Saya terus push untuk jarakkan dan bagi selesa dihadapan dan akhirnya saya berhasil memenangi perlumbaan.


“Saya sangat gembira kerana sudah lama tak memenangi perlumbaan. Dari segi tayar yang digunakan adalah sama dengan tayar yang digunakan dalam Asia Road Racing dan cengkaman tayar amat baik. Sekarang saya cuma perlu lebih laju dan target saya untuk Race-3 petang ini adalah P1.


Sebelum perlumbaan Danial Syahmi ada berkongsi mengenai harapan beliau di pusingan 1 MSBK 2020.


“Keadaan saya sekarang ini lebih baik dengan kembali pada perlumbaan pertama selepas recovery yang lama. Sekarang saya rasa lebih yakin dan selesa untuk dapat kelajuan saya yang sebelum ini.


“Keadaan kaki saya ok tetapi belum baik sepenuhnya, ankle kaki saya kurang boleh gerak tetapi kami gerakkan kaki lebih banyak untuk dapatkan ankle kembali lembut.


“Setiap kali perlumbaan saya tak rasa sakit langsung tetapi kalau terjatuh baru rasa sedikit sakit tetapi hanya sementara.


“Harapan untuk race kali ini, saya yakin berada dalam tiga terbaik.

Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020