• Admin

Semua Aktiviti Sukan Berkaitan Sukan Bermotor Ditangguhkan Sehingga 30 April 2020



Siaran Media Sepang International Circuit (SIC)



Berdasarkan pengumuman terkini yang dibuat oleh Menteri Belia & Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, berkenaan dengan situasi COVID19, Kerajaan Malaysia telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020.


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil perhatian serius mengenai kesihatan dan keselamatan awam dan berdasarkan nasihat dari kerajaan, semua acara di SIC akan dibatalkan atau ditangguhkan serta merta sehingga notis selanjutnya.


Menurut keputusan di atas, acara seperti latihan Asia GT, Malaysia Speed Festival (MSF) dan Desmo Cup pada hujung minggu ini, 14 dan 15 Mac 2020 telah dibatalkan. Pusingan pertama dan kedua Malaysia Championship Series (MCS) yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mac dan 10 hingga 12 April juga Malaysia Superbike Championship (MSBK) dari 2 hingga 5 April 2020 akan ditangguhkan ke tarikh baru.


SIC ingin menasihati semua untuk menitik beratkan keselamatan dan kesihatan diri dan elakkan diri dari berada di kawasan yang sesak. Jika merasa tidak sihat, dapatkan nasihat dari doktor atau pegawai perubatan secepat mungkin.


SIC akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Motorsports Association of Malaysia (MAM) untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai situasi COVID-19 ini.


Media Statement MAM Motorsports (MAM)


Motorsports Association of Malaysia (“MAM”) is fully aware of the ever-changing situation in regards to COVID-19.


The safety of Malaysian motorsports personnel and fans is paramount and of utmost importance and as such, MAM STRONGLY URGES the motorsports community to temporarily postpone all motorsports activities until the situation surrounding COVID-19 subsides and improves. This decision is made based on the directive from the Ministry of Health (“MOH”), Sports Commission and in consultation with the MAM Medical Commission.


However, should organizers decide to proceed with its scheduled events, MAM highly recommends that they be held with minimal personnel and spectators, as in a CLOSED event format. Organizers are expected to take a responsible approach towards personal hygiene to reduce the risk of infection at the same time follow the guidelines provided by MOH and WHO for participants attending that event. This would include providing hand sanitisers, sanitising all touchpoints in public areas more frequently and encouraging a general cleanliness culture.


MAM is monitoring FIA and FIM decisions on all sanctioned events. It is sad but fully understandable that major events have been cancelled to avoid spreading the COVID-19 virus. We will continue to engage with the relevant Malaysian authorities and update the motorsports community regularly.


Please exercise extra precaution and proper hygiene throughout this period.


Bagi pasukan media Tarmac Sports, kami menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan, Pesuruhjaya Sukan, Promoter dan Penganjur demi menjamin keselamatan kepada pemain industri sukan tanah air.


Fokus utama sekarang adalah mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 dengan mengambil langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memakai topeng muka, sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan kurangkan aktiviti luar yang melibatkan ramai orang yang mudah terdedah.


Walaubagaimana pun antara perlumbaan bermotor tempatan yang menjadi tumpuan yang bakal terjejas dan ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak adalah:


Malaysian Cub Prix (Round 1) - 14 & 15 Mac 2020, Tangkak Johor


Malaysian Cub Prix (Round 2) - 28 & 29 Mac 2020, Batu Kawan Pulau Pinang


SIC MiniGP Championship (Round 1) - 21 &22 Mac 2020, GoKart Sepang Selangor


Malaysia Superbike Championship (Round 1) - 4 & 5 April 2020, Sepang Selangor


Malaysian Cub Prix (Round 3) - 17 & 18 April 2020, Kota Bharu Kelantan


SIC MiniGP Championship (Round 2) - 18 & 19 April 2020, GoKart Sepang Selangor



Doakan semoga wabak pendemik ini kembali pulih dan kita boleh teruskan aktiviti seperti biasa yang telah dirancang.


-


Sertakan pendangan anda ke media.tarmac@gmail.com


#TarmacSports #Covid19

37 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020