• Admin

Semua Perlumbaan Dianjurkan Di Litar Tetap; Yuzy Sarankan Pelumba Honda Bertanding Secara Strategik


Kalendar baru Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS membawakan lapan pusingan yang hanya akan dianjurkan di litar tetap. Sehubungan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini kini mula mengatur strategi bersama pelumba-pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing untuk mencari manfaat sepenuhnya dari situasi ini.

“Semua perlumbaan musim ini akan dipertandingkan di litar tetap seperti Sepang, Tangkak dan Kuala Terengganu. Ini untuk mentaati SOP baru di mana penonton masih belum dibenarkan di acara-acara sukan. Penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap adalah satu-satunya kaedah yang terbaik untuk menepati syarat tersebut,” jelas Yuzy.

“Selepas jadual perlumbaan baharu diumumkan Isnin lepas, ramai juga peminat yang mula bertanya-tanya apakah jadual baru ini membawakan kelebihan kepada pasukan dan pelumba Honda. Tidak dinafikan, terutamanya dalam kategori perdana CP150, ciri-ciri jentera Honda RS150 sememangnya mempunyai kelebihan di litar-litar yang lebar dan panjang. Namun demikian, pelumba-pelumba kami harus menggunakan pendekatan strategik dalam perlumbaan nanti.”



Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020