• Admin

Sharul Ezwan Cepat Belajar di Kejohanan Eropah CEV

Sesi kelayakkan CEV hari ini sedikit sukar disebabkan cuaca hujan pada sesi Q2 dan ditambah dengan beberapa insiden. Pelumba negara terpaksa lakukan yang terbaik pada sesi Q1. Ketiga-tiga pelumba cergas untuk berlumba esok.


Adam Norrodin Bakal Bermula Petak ke-11 selepas mencatatkan masa 1.57.359 (+2.287). Perlumbaan Moto2 akan diadakan sebanyak 16 pusingan dengan 81.2KM



#7 Muhamad Adam Norrodin (Moto2)

Liqui Moly Intact SIC Junior Team


“Ini merupakan sesi kelayakkan terburuk bagi saya. Saya akan bermula pada grid ke-11 esok. Dengan cuaca yang agak buruk pada Q2, agak mustahil untuk saya perbaiki catatan masa pada Q1. Minggu yang agak sukar selepas saya terlibat dengan kemalangan 2 kali semasa sesi latihan.”


“Jarak yang dibuat agak sedikit dan saya tidak mendapat rentak. Namun belum tamat lagi. Kami perlu perbaiki kekurangan. Esok adalah hari yang penting dan saya perlu lebih fokus berdepan dengan perlumbaan. Saya akan lakukan yang terbaik pada hari perlumbaan.”

Bagi kategori Moto3, Syarifuddin Azman akan bermula di petak ke-29 apabila mencatatkan 2:23:062 selepas gagal mencatat masa yang baik dalam sesi kelayakkan 1 selepas jatuh 2 kali. Moto3 akan diadakan sebanyak 15 pusingan dengan keseluruhan 76.2KM



#63 Syarifuddin Azman

Monlau Motorsport


“Saya kurang gembira dengan Q1 kerana saya kemalangan ketika selekoh 1. Kali kedua selepas keluar ke trek, saya terjatuh sekali lagi dalam cuaca hujan dan kali ini pada selekoh 2. Pada Q2, saya masih mencari rentak dan sekali lagi saya terjatuh pada pusingan 3. Kesemua kemalangan adalah ‘high side’ namun saya ok. Esok saya akan kerja keras untuk dapatkan keputusan yang lebih baik untuk diri saya dan pasukan.”

Manakala kategori European Talent Cup (ETC), Sharul Ezwan akan bermula pada grid ke-25 apabila mencatat masa 2:06.127 dengan jarak 3 saat lebih dari pelumba grid pertama. Perlumbaan 1 ETC akan dilangsungkan sebanyak 14 pusingan dengan jarak 71.1KM dan Perlumbaan 2 akan berlangsung selepas kategori Moto3.



#36 Muhammad Sharul Ezwan (ETC)

Liqui Moly Intact SIC Junior Team


“Pada hari kelayakkan hari ini, saya bermula dengan baik. Saya perbaiki catatan masa yang dibuat semalam semasa sesi latihan. Saya sedikit lakukan kesilapan apabila tidak berpeluang mengikut rapat kumpulan yang laju. Dalam Q2, cuaca hujan dan saya tidak dapat perbaiki masa pada Q1. Saya akan bermula pada kedudukan ke-25 dan berharap akan mengutip mata.”


Saksikan secara langsung FIM CEV REPSOL MOTORLAND ARAGON Sabtu bermula jam 4 petang waktu Malaysia.


1 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Valentino Rossi Positf Covid -19

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020