• Admin

SIC MiniGP Championship, DNA Baru Pelumba MotoGP 2020

Kemaskini: 31 Okt 2019




SIC MiniGP Championship merupakan satu satu siri yang membolehkan pelumba muda negara yang berusia dari 8 tahun sehingga 13 tahun merasai pengalaman menjadi pelumba professional.


Kejuaraan ini hanya mempunyai 5 pusingan dan hanya 20 pelumba sahaja yang terpilih seluruh Malaysia. Pemilihan akan dilakukan pada 13 hingga 15 Disember 2019. Calon yang telah dijemput untuk pemilihan dinasihat untuk bawa bersama sarung tangan, helmet perlumbaan & racing suit. Jentera akan disediakan oleh pihak SIC.


Program ini akan dibimbing oleh ZK Racing yang diketuai oleh bekas pelumba Moto3 dan bekas pelumba World Superbike Championship, Zulfahmi Khairuddin.


Ini merupakan inisiatif yang berperanan membantu lebih cepat adaptasi pelumba muda negara untuk melangkah dalam kejohanan yang lebih jauh seperti MotoGP, World SBK, CEV Repsol, Asia Road Racing dan kejohanan lain.





Kejohanan ini bukan sahaja mencari dan mengasah bakat muda tetapi mendedahkan juga kepada elemen -elemen lain seperti laluan kerjaya dalam permotoran atau perlumbaan. Antara penekanan lain adalah menerapkan semangat kerja berpasukan, disiplin serta etika perlumbaan. Ini merupakan kombinasi serta ciri-ciri yang diperlukan dalam membentuk DNA Kejohanan Moto Dunia.


Kejohanan ini turut disokong oleh pengeluar jentera MiniGP dari Itali yang cukup terkenal, Bucci Moto. Sebanyak 20 pelumba muda akan dipilih bagi menyertai MiniGP dan mereka bakal menggunakan jentera jenis BR10-GP untuk kejohanan yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan apa yang di pakai oleh Fabio Quatarraro, Marcek Schrotter, Hafizh Syahrin, Jack Miller dan banyak lagi.




Matlamat utama MiniGP Championship SIC adalah bukan hanya untuk melahirkan bakat baru, tetapi membantu juga dari segi sokongan sumber, pengalaman dan pengetahuan daripada SIC serta pasukan ZK Racing yang kini beraksi di kejohanan Eropah dan Asia.


Tarikh perndaftaran SIC MiniGP Championship kini dibuka:

28 Oktober sehingga 30 November 2019.


Klik ke pautan ini untuk daftar secara rasmi: https://bit.ly/2paCXcE


#BucciMoto #SICMiniGP #RoadToMotoGP


88 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020