• Admin

SIC MiniGP Terus Lahirkan DNA Pelumba Dunia

Kemaskini: Apr 1

Melahirkan pelumba yang mampu menakluk pentas dunia bukan kerja semalaman. Ia memerlukan usaha dan program yang berkesan dan berterusan. Semua pihak memainkan peranan terutama keadaan sekeliling dan sokongan keluarga.



Rabu, 31 Mac 2021 – Setelah sekian lama menunggu, sesi pemilihan bagi Kejohanan SIC MiniGP musim ke-2 telah berlangsung selama dua hari dari 29 – 30 Mac 2021 di Sepang International Kart Circuit (SIKC). Seramai 25 orang pelumba-pelumba muda berumur 9 hingga 14 tahun telah dipilih untuk mengikuti program akar umbi sukan permotoran dua roda ini.


Untuk SIC MiniGP musim ke-2, seramai 63 peserta telah membuat pendaftaran untuk sesi pemilihan ini. Mereka dikehendaki membawa kelengkapan asas perlumbaan sama seperti edisi yang lepas. Sesi pemilihan yang sepatutnya dijalankan selama satu hari sahaja terpaksa ditunda dan dilanjutkan kepada hari berikutnya atas faktor cuaca yang kurang memuaskan.


Semasa sesi pemilihan, pelumba-pelumba perlu melalui pelbagai ujian seperti pengendalian jentera, ketahanan mental, fizikal dan sebagainya. Antara kriteria-kriteria yang dinilai semasa sesi pemilihan adalah dari segi teknik tunggangan, pengendalian jentera, tahap pemfokusan, kemahiran berkomunikasi, tahap kecergasan dan lain-lain.



Program ini telah membuahkan hasil dimana Hakim Danish, juara edisi pertama kejohanan SIC MiniGP bagi kategori 160cc pada musim lepas telah menunjukkan prestasi yang baik di Asia Talent Cup di Qatar baru-baru ini sekaligus telah menaikkan kredibiliti inisiatif program akar umbi untuk mencari pelapis serta mengasah bakat bagi membuka peluang untuk beraksi di kejohanan antarabangsa dalam sukan permotoran dua roda seiring dengan “Impian Ke MotoGP”.


Kejohanan SIC MiniGP musim ke-2 pada tahun ini akan berlangsung sebanyak 4 pusingan dengan jumlah 10 perlumbaan di mana Pusingan 1 pada 19 – 20 Jun 2021, Pusingan 2 pada 17 – 18 Julai 2021, Pusingan 3 pada 14 – 15 August 2021 dan Pusingan Akhir pada 10 – September 2021. Sebarang perubahan pada kalendar perlumbaan tertakluk pada keadaan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia.


“Dengan komitmen jitu yang keluarga berikan kepada pelapis muda ini, ia minat yang saya mahukan. Mereka tahu ini peluang yang tak akan datang lagi dan saya nampak mereka pernah datang ke trek ini untuk berlatih, bersedia dan ada juga yang baru pandai nak bawa motor. Dengan adanya pelumba ini, saya harap dapat berikan mereka peluang dan kenal pasti bakat yang ada”


Bagi kategori 110cc jumlah peserta adalah 10 pelumba dan 15 pelumba bagi kategori 160cc. Separuh dari pada pelumba diambil dari musim lepas.


Senarai Pelumba 2021 Yang Terpilih


Kategori 110cc:


  1. Muhammaf Aqil Ramadhan Bin Idris - 9 tahun (Kuala Lumpur)

  2. Adam Aiman Bin Ameer Ali - 9 tahun (Selangor)

  3. Muhammad Airel Bin Ahmad Marzuki - 9 tahun (Terengganu)

  4. Shazrel Aqief Hakimy Bin Sazali - 9 tahun (Selangor)

  5. Che Muhammad Daniel Syazwan Bin Che Muhammad Syakireen - 10 tahun (Selangor)

Kategori 160cc:


  1. Nuzzul Ady Muhammad Bin Sudin - 11 tahun (Pahang)

  2. Muhammad Sharf Muhriz Bin Noor Mohd Farhan - 11 tahun (Selangor)

  3. Muhammad Syahmi Aiman Bin Mohd Shafie - 12 tahun (Negeri Sembilan)

  4. Muhamad Akif Bin Abdullah - 12 tahun (Pulau Pinang)

  5. Muhammad Iqmal Firdaus Bin Kamalruzzaman - 12 tahun (Terengganu)

  6. Adi Putra Bin Anahar - 12 tahun (Selangor)

  7. Raiyan Khardanee Bin Mohamad Sanusi - 13 tahun (Pahang)

  8. Muhammad Fareeq Bin Mohamad Faizal - 13 tahun (Selangor)

  9. Haidar Nur Akmal Bin Mohd Zaki - 13 tahun (Selangor)

  10. Muhammad Shahrul Izwan Bin Khairol - 13 tahun (Selangor)



Pelumba Dari 2020 Yang Diserap Masuk ke 2021


Bagi kategori 110cc, Qabil Irfan Azlan masih kekal dalam kategori ini walaupun juara kategori 110cc musim lepas disebabkan usia dan jentera 160cc terlalu berkuasa untuk dibawa pada usia ini. Antara pelumba lain adalah Arif Anaqi Mohd Zamri, Adam Danial, Shah Putra dan Awwal Haiqal.


Kategori 160cc, Adib Arsyad turut dikekalkan walaupun mengalami kecederaan pada awal musim tahun lalu dan terlepas beberapa pusingan. Antara lain adalah Farish Hafiy, Arzhan Hakim, Ferres Putra dan Emil Idzhar.



30 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020