• Admin

SIC Sedia Menanti Lampu Hijau Dari Kerajaan

Dalam sidang media sebentar tadi bersama stesen TV swasta, Ketua Pegawai Eksekutif SIC telah melontarkan beberapa perkara penting bagi menjamin kesinambungan bagi operasi litar yang bertaraf antarabangsa itu.


1. Kekal relevan dengan apa juga cabaran

2. Menanti kelulusan kerajaan bagi penggunaan SOP baru di litar.

3. Mengekalkan saranan pihak kerajaan terutama dari segi keselamatan kesihatan kepada semua.

4. Meneruskan perancangan sedia ada dan menanti lampu hijau pihak kerajaan.

5. Bersedia bagi menghubungkan peminat ke SIC secara maya mengikut norma baru.

6. Virtual fans engagement akan dirangka bersama pihak Dorna.

7. Melihat E-sports sebagai cabang baru untuk menarik minat golongan baru.



Ikuti transkrip temubual bersama CEO SIC pada hari ni:


"Buat masa ini sebolehnya kami di SIC mampu untuk kekal stabil dan pada masa yang sama boleh menangani lenkungan dan kebolehserapan.

"Bagi penggunaan litar kami sedia menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang sebelum ini dan mengikuti segala syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kami masih lagi menanti kelulusan daripada pihak kerajaan untuk acara permotoran. Kami juga telah meletakkan SOP baru bagi keseluruhan operasi SIC.

"Contohnya pengunaan litar (private event), mungkin SIC akan mengecilkan skala dan mengamalkan penjarakkan sosial.


"Bagi acara besar yang melibatkan bilangan besar penonton akan diubah dan daripada itu kami berpeluang membuka kembali aliran pendapatan yang berpunca daripada penggunaan litar.


"Yang keduanya bagi acara sukan permotoran, buat masa ini semua acara sukan permotoran terus dirancang seperti MotoGP dan kejohanan peringkat kebangsaan, MCS, MSBk, namun kami masih menanti kelulusan garis panduan yang telah dihantar pada pihak kerajaan misalnya dianjurkan

kejohanan secara tertutup secara kecil kecilan sambil mewajibkan penjarakkan sosial dikalangan penonton yang hadir di litar.

"Kami juga sedang mencari jalan untuk menghubungkan para peminat secara virtual supaya dapat mengalami perlumbaan tanpa hadir secara fizikal.


"Jadi bagi acara peringkat antarabangsa seperti MotoGP, pihak Dorna sedia untuk menjalankan proses yang diperlukan untuk mengelakkan penyebaran wabak covid19.

Kami faham, akan ada kedatangan dari luar negara bagi menguruskan penginapan dan hospitaliti bagi keperluan MotoGP.


"Kami juga bersedia untuk berbincang dengan Dorna untuk menganjurkan 'virtual fans engagement' yang mungkin juga dapat menagjurkan karninal MotoGP dan penjualan barangan secara maya.


"E-Sports merupakan salah satu cabang yang akan diperkembangkan untuk menarik lebih ramai peminat baru untuk datang ke SIC."

SIC sebelum ini turut merangka plan baru bagi menarik minat lebih ramai untuk datang ke litar itu dengan mewujudkan ekosistem baru seperti taman tema yang mesra keluarga walaupun asalnya mereka tidak minat dengan sebarang perlumbaan atau acara.

#TarmacSports #SIC #MotoGP

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020