• Admin

SS600: Adam Cipta Rekod Baru Di Litar Sepang

Dalam ujian pra-musim pada Selasa dan Rabu, Adam Norrodin mencatat keputusan paling baik dengan mencatat rekod baru Litar Sepang dalam katgeori SS600. Ia merupakan permulaan yang baik buat pelumba dari pasukan PACHI ZK Racing.

"Bagi saya ujian pertama bagi ARRC 2020 amat positif. Pada hari pertama, catatan saya tidak berapa baik namun saya selesa dengan jentera terutama apabila berehat panjang daripada menggunakan jentera R6. Hari kedua saya cukup gembira dengan catatan masa. Saya catat 2.09.029 dan rekod pada tahun lepas (2019) adalah 2.09.700 di Litar Sepang.


"Sesi ujian kali ini amat baik tetapi paling utama adalah perlumbaan pada hujung minggu ini dan banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki. Saya bersyukur dengan perubahan baik pada ujian kali ini. Kami bermula dengan cukup baik dan saya akan bagi yang terbaik pada perlumbaan hujung minggu ini."


Ibrahim Norrodin yang juga merupakan adik kepada Adam turut mencatat masa yang baik apabila berada pada tempat ke - 3 hasil kombinasi latihan 1, 2, 3, 4, 5 & 6 dengan perbezaan tambahan masa +1.108 dari Adam.




"Berat badan saya turun 10kg tahun lepas dan saya berasa lebih selesa di atas jentera. Walaupun agak lama meninggalkan perlumbaan, kali pertama menyentuh jentera saya cukup yakin dengan jentera. Persediaan jentera amat baik oleh pasukan dan pada Latihan 3 saya mencatat 2.10.515 dan pada hari kedua catatan masa meningkat ke 2.10.137.


Pada awalnya saya mahu untuk memperbaiki catatan masa namun mengalami kemalangan pada selekoh ke-5 ketika mencatat sektor yang baik. Pada hujung minggu ini saya akan lebih fokus dan kerja lebih keras untuk sesi kelayakkan dan perlumbaan."


Bagi pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin beliau berpendapat cukup gembira dengan keputusan dari Adam dan Ibrahim namun fokus utama mereka adalah mencapai keputusan yang baik pada perlumbaan hujung minggu ini.


"Bagi saya, tahun ini adalah tahun unutk kami belajar kerana kami memerlukan penaja sendiri. Saya cukup gembira apabila mememui penaja yang menyokong program kami bagi Asia Road Racing Championship. Dari segi keputusan, saya memang tidak menjangkakan keputusan baik dari Adam dengan keyakinan di atas jentera sejak pada hari pertama ujian.


"Pasukan serta mekanik bekerja sangat baik seawal hari pertama hari persiapan. Jelas dapat dilihat jentera kami mempunyai pakej yang baik namun kami perlu tenang dan sedia untuk hadapi perlumbaan pada hujung minggu ini. Saya berharap kami dapat buat yang terbaik pada hujung minggu ini. Saya juga berharap wabak COVID-19 akan berakhir segera bagi memudahkan kami sertai ARRC serta jelajah setiap pusingan."



SS600

Kombinasi Latihan 1, 2, 3, 4, 5, & 6

1. Muhamad Adam Mohd Norrodin MAS PACHI ZK Racing (2:09.029) 2. Azroy Hakeem Anuar MAS Boon Siew HONDA Racing Team (2:10.104) +1.075 3. Muhamad Ibrahim Mohd Norrodin MAS PACHI ZK Racing (2:10.137) +1.108 4. Md Helmi Azman MAS Boon Siew HONDA Racing Team (2:10.224) +1.195 5. Ahmad Afif Amran MAS YAMAHA GEN BLU Racing Team (2:10.547) +1.518


-


Sertakan pandangan anda ke media.tarmac@gmail.com

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020