• Admin

Sukan Bermotor Dibenarkan Beroperasi Semula !

Kemaskini: 8 Nov 2020

Hasil daripada ucapan Perdana Menteri semalam serta perbincangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan beroperasi antaranya aktiviti Sukan Bermotor.


Sukan bermotor diletakkan dibawah Sektor Sukan dan Rekreasi dengan beberapa syarat yang dibolehkan antaranya:


1. Waktu operasi adalah dari 6.30 pagi –7.00 petang dan berperingkat. 2. Jarak fizikal 1 meter di antara 2 individu perlu dipatuhi. 3. Penggunaan fasiliti hendaklah berpandukan SOP yang ditetapkan. 4. Polisi dan komunikasi (papan tanda dan notis yang jelas). 5. Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja. 6. Protokol pencegahan penyakit dan sekatan (yang disyorkan KKM).


Dengan pengunguman ini, aktiviti bermotor seperti Malaysian Cub Prix akan dilangsungkan bermula Jun 2020 seperti yang utarakan oleh Ron Hogg, promoter SAM Sdn Bhd. Namun kejohanan seperti Asia Road Racing, MotoGP, Endurance World Championship belum diketahui akan berlangsung di Malaysia atau tidak disebabkan oleh SOP yang ditetapkan MKN.


Sokongan peminat sukan permotoran harus bermula dari sekarang walaupun kemungkinan besar perlumbaan dilangsungkan tanpa penonton dengan beberapa cara:

1. Membeli barangan jualan promoter, penaja, pelumba dan pasukan. 2. Menonton siaran langsung supaya jumlah tontonan meningkat. 3. Kongsikan apa sahaja berita, laporan dan isu terkini berkaitan sukan permotoran bermula sekarang.

Sukan permotoran tiada makna tanpa sokongan penuh peminat seperti anda semua.

35 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Disenarai Dalam Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020