• Admin

Sukan Permotoran Kembali Beroperasi 15 Julai. Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Setelah beberapa sukan dan aktiviti sukan dibenarkan, hari ni merupakan hari bahagia kepada seluruh warga permotoran yang sudah lama ternantikan pengunguman yang amat bermakna ini.


Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada 9 Julai 2020 telah membincangkan dan bersetuju dengan beberapa cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 3 dan fasa 4 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.


Antara perkara yang dibincangkan adalah:



(ii) PENGANJURAN KEJOHANAN & PERTANDINGAN TEMPATAN TANPA PENONTON untuk:


(a) Sukan tiada bersentuhan fizikal (non-contact sports) seperti sukan permotoran dan sukan individu bermula

Rabu, 15 Julai 2020. Ini termasuklah Perlumbaan Permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan litar-litar tempatan yang lain...


Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas kebenaran memulakan semula aktiviti sukan permotoran.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bersedia untuk menjalankan aktiviti sukan permotoran mengikuti norma baru. Oleh itu, perlumbaan musim 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton. Di samping itu, penggunaan teknologi digital akan dimaksimumkan untuk memastikan penjarakkan sosial tetap dipatuhi.

Dalam pada itu, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut menghargai usaha pihak Motorsports Association of Malaysia (MAM) serta Sepang International Circuit (SIC) di atas kerjasama yang telah dihulurkan dalam menyempurnakan SOP norma baru.

Pihak Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut menghargai usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas keprihatinan terhadap keperluan sukan permotoran negara.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan korporat di atas kesabaran dan pemahaman mereka terhadap situasi yang tidak dijangka ini.

Akhir sekali, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan hadapan kami yang telah banyak berjasa dan berkorban demi menangani wabak Covid-19 di Malaysia.

Musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS sedia kembali beraksi. Kalendar baru musim 2020 akan diumumkan dalam beberapa hari nanti.


Bagi pihak Litar Antarabangsa Sepang pula, ini penjelasan CEO mereka.


"Pertama sekali bagi pihak SIC jutaan terima kasih kepada pihak YB Dato' Sri Reezal Merican dan seluruh warga KBS serta pihak MKN, KKM dan MAM dan juga our local partners dan usaha untuk meluluskan pembukaan sektor sukan dan rekreasi seperti yang telah diumumkan sebentar tadi.


"Keputusan pihak kerajaan untuk membenarkan kembali pengajuran kejohanan tempatan tanpa penonton merupakan khabar yang sangat baik dan ini memberi semangat bagi mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Setelah dapat lampu hijau, saya berharap semua dapat bersedia beraksi dengan sepenuhnya dan tidak lupa untuk mematuhi SOP yang berkenaan.


"SIC amat menitik beratkan pasukan rakan kongsi dan para peminat dan kepada penganjur mereka harus menyesuaikan diri dengan norma baru ini. Sebagai peneraju sukan permotoran negara kami berasa amat bersyukur dengan kelulusan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan ini dapat menghangatkan kembali kejohanan tempatan seperti MCS, MSBK, S1K, PETRONAS Cub Prix, MSF dan sebagainya.


"Bagi status kejohanan antarabangsa seperti MotoGP kami akan berikan perkembangan terkini insyaAllah pada hujung bulan ini. Fokus kami buat ketika ini untuk memastikan kejohanan tempatan berjalan lancar dan kesemua yang terlibat mengikuti SOP yang ditetapkan."




21 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020