• Admin

Super KIP Racing Academy Hasil Inspirasi Kemenangan KIP

Kemaskini: 2 Okt 2019

Pada pusingan 6 Malaysia Cub Prix di Teluk Intan yang lepas, kami sempat berborak dengan pengurus pasukan Super KIP Racing Academy, saudara Azlan yang merupakan orang kuat dalam menggerakkan pasukan sehingga tahap ini.


Penubuhan Super KIP Racing Academy pada awalnya adalah idea ayah kepada Khairul Idham Pawi sendiri, Pawi Omar apabila KIP menjadi juara pada 2016 ketika perlumbaan Moto3 pusingan 2 di Argentina & pusingan 9 di Jerman demi melahirkan lebih ramai ‘KIP’ dalam arena permotoran negara.



Ketika itu KIP bersama Honda Team Asia dan berlumba secara penuh yang sebelum itu memenangi tempat pertama keseluruhan dalam Asia Dream Cup (kini Asia Talent Cup) dan juara keseluruhan kategori WIRA pada tahun 2014. Pada 2015 KIP menamatkan kempen FIM CEV Moto3 dengan kedudukan ke-6 keseluruhan dan menjadi pelumba ‘wildcard’ di Aragon.


Apabila ditanya mengenai sasaran 2020, Azlan memberi tahu mereka akan terus fokus dalam membikin bakat-bakat muda dan masih bersaing dalam satu kategori WIRA dengan penambahan pelumba baru yang sudah dikenal pasti.


“Ya kami akan masih mengekalkan pasukan untuk hanya bersaing dalam kategori WIRA bagi Malaysia Cub Prix tetapi akan ada pelumba baru yang telah dikenal pasti bagi menggantikan Afizad yang naik ke CP115 bersama pasukan baru.


“Namun, jika kami mempunyai penaja, kami akan bersaing dalam AP250 Asia Road Racing tahun 2020. Itu jika penaja bersetuju dan proses kerjasama amat baik buat masa ini.


“Kami telah berbincang untuk mengambil Amir Izzat dan Daniel Hasif berlumba dalam pasukan pada 2020 dan mengikuti segala program yang telah dirancangkan. Daniel telah pun turun berlatih bersama pelumba kami walaupun kontrak belum ditandatangani sepenuhnya dan ia sesuatu yang positif buat pasukan.


Mungkin ramai yang menganggap Super KIP Racing Academy memilih pelumba akademi dari negeri Perak tetapi tiada seorang pelumba 2019 berasal dari Perak. 3 daripada 4 pelumba adalah dari Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala seorang pelumba dari Perlis.


Dari segi latihan, Super KIP Racing Academy mempunyai jadual yang khusus buat pelumba terutama dari segi kecergasan dan kendalian jentera. Kelengakapan latihan termasuklah litar motocross (250cc) dan latihan berbentuk di trek biasa turut disediakan oleh akademi di Litar Dato Sagor, Kg Gajah.


Pada hari biasa persekolahan, mereka bebas untuk berlatih dengan berbasikal dan berenang. Apabila musim cuti sekolah, pelumba akan tinggal di penginapan yang telah disediakan untuk berlatih di Litar Dato Sagor dengan latihan khusus dibimbing oleh Azlan sendiri.


Dari segi dana dan peruntukan, 85% datang dari duit poket KIP sendiri dan selebihnnya datang dari pengeluar bahagian motosikal dan penaja kecil. Dari segi kos pula, minima RM10,000 perlu dibelanjakan setiap perlumbaan termasuk membayar elaun kepada mekanik, penginapan dan pengangkutan.


Kos keseluruhan bagi penyediaan jentera secara purata adalah RM1500 (jika kerosakan kecil). Pada 2018, Super KIP Racing Academy telah membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi kempen tahun pertama dengan lengkap 10 pusingan.


Antara faktor utama Super KIP Racing Academy cenderung untuk memilih pelumba dan jentera motosikal dari Honda disebabkan ramai bakat muda sekarang kurang pada Honda dan ia semangat yang patut diisi dengan baik.



Kini, Super KIP Racing Academy telah masuk tahun kedua dengan dibarisi oleh 4 pelumba hasil daripada pemilihan Honda One Make Race iaitu Afizal Supaat, Afizad Supaat, Amier Rossi dan Fikri Rohaizi. Sememangnya fokus utama penubuhan pasukan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai bakat muda yang lebih professional bagi menghadapi saingan peringkat nasional, Asia dan dunia.


Temui pasukan Super KIP Racing Academy 5 & 6 Oktober ini di Perkarangan Stadium Utama Kangar bagi perlumbaan pusingan 7 Malaysia Cub Prix 2019.


#OneMakeRace #GenerasiCubPrix #SuperKIP #CubPrix

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020