• Admin

SuperKIP Mampu Kembalikan Rekod 2016 Dalam Moto3?

"Untuk perlumbaan seterusnya, saya perlu perbaiki persembahan saya bersama jentera. Agak sukar pada selekoh laju dan kami kehilangan banyak masa disitu. jadi itu antara perkara yang perlu kami betulkan. Minggu lepas kami tidak berjaya temui penyelesaian tetapi pada minggu ini kami menggunakan litar yang sama dan banyak data yang boleh digunakan. Diharapkan minggu ini lebih baik dan banyak peningkatan dilakukan."


Merujuk kepada artikel yang kami siarkan pada 30 Jun mengenai 'Speed Corner, Stop And Go' yang akan diperbaiki oleh Khairul Idham Pawi dalam kategori Moto3 adakah ia sudah dizahirkan dengan keputusan perlumbaan pada minggu lepas?


Mari kita lihat setiap kemungkinan terutama mengenai ujian masa, kelajuan pada selekoh, pengalaman dan kejayaan KIP 2016.



Ujian Masa


Menamatkan perlumbaan pada tempat ke-22 merupakan langkah baik di Jerez apabila detik hitam 2019 berbekas dalam ingatan KIP. Pada FP1, perbezaan dengan pendahulu adalah +1.426 saat. FP2, sedikit menurun dengan kedudukan ke-25 dengan jarak +1.797 saat. FP3 KIP berada kedudukan ke-28 dihadapan Carlos Tatay dengan jarak +1.551 saat dari Celestino. Pada Q1, KIP tidak mencatatkan masa terbaik apabila hanya merekodkan 1'48.898 dan menyebabkan beliau bermula petak ke-20.


Kejayaan 2016


Kalau diikutkan kenapa KIP mampu meraih tempat pertama sebanyak 2 kali di Litar Autódromo Termas de Río Hondo, Argentina dan Sachsenring di Jerman? Apa motivasi yang beliau gunakan pada masa itu?



Litar Autódromo Termas de Río Hondo pada ketika itu diadakan pada bulan April atau lebih tepat 3 April 2016. Keadaan litar basah tidak menghalang anak kelahiran Kampung Gajah untuk menguasai perlumbaan walaupun bermula pada petak ke 7. Namun beliau berjaya menaiki podium pertama selaku juara pertama dari Malaysia sebaris Jorge NAVARRO dan Brad BINDER. Joan Mir (kini pelumba MotoGP) pada ketika itu hanyalah berada di kedudukan ke-5 dengan perbezaan +30.506.


Okay mari kita pergi ke litar kedua iaitu litar Sachsenring di Jerman.



Pada ketika itu SuperKIP bermula pada petak ke-20 dan John McPhee jauh lebih baik dengan bermula pada petak ke-8. Namun pada yang beliau buat sehingga sekali lagi juara di litar Jerman? Sekali lagi cuaca pada ketika itu memang sejuk dan basah. Beliau mencatat 1'42.544 pada lap ke-5 perlumbaan dan merupakan paling pantas pada waktu itu berbanding pelumba lain. Adam Norrodin pada ketika itu tidak dapat menghabiskan perlumbaan dengan baki 15 pusingan.


Dengan konsisten tatkala pelumba lain berhati-hati dalam litar basah, KIP terus memintas walaupun suhu tarmac pada ketika itu 18 darjah.Pada awal permulaan KIP mengambil ruang paling kanan untuk berada pada kedudukan ke-8 dan merupakan 'favourite' untuk juara. Berbaki 23 pusingan, KIP terus memimpin kesemua pelumba sehingga akhir. Berapa usia KIP pada ketika itu? 17 tahun.


Rekod KIP di Jerez?


Pada tahun 2016 merupakan pengalaman pertama beliau di Jerez dan menamatkan kedudukan ke-14. Perlumbaan diadakan pada bulan April dan cuaca sejuk namun litar kering. Pada 2017, setelah beralih ke Moto2, beliau tidak berjaya menamatkan perlumbaan dengan baki 12 pusingan. 2018 dengan jentera Kalex Moto2 dibawah pasukan IDEMITSU Honda Team Asia berjaya menghabiskan perlumbaan dengan jarak +33.834saat dibelakang Lorenzo BALDASSARRI.


Pada 2019, KIP bersama pasukan PETRONAS Spinta Racing Moto2 dan berbaki 13 minit, beliau mengambil kemalangan yang terpaksa berehat panjang apabila retak tulang jari dengan baki 16 pusingan perlumbaan Moto3. Dan selepas itu pembedahan demi pembedahan terpaksa dilakukan bagi memulihkan keadaan jari beliau.



KIP yang kurang sebulan memasuki umur 21, masih mempunyai peluang cerah untuk meraih podium kerana program yang beliau ada sekarang cukup baik terutama bersama pasukan dan intensiti latihan bersama pelumba kelas dunia. Boleh dikatakan, persekitaran KIP amat baik. Kejayaan yang diraih sebelum ini seolah-olah beliau berada pada kelas tersendiri dan tiada siapa mampu katakan tidak.


Rakyat Malaysia sentiada mendoakan anda SuperKIP. Go Comeback!




Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020