• Admin

Terkini: Thailand GP Kemungkinan Ditunda Akibat Wabak Koronavirus

Perlumbaan motosikal dunia yang dijadualkan pada 21 & 22 Mac ini di Buriram kemungkinan besar akan ditangguhkan disebabkan wabak Novel Coronovirus yang melanda negara Thailand.


Dorna selaku penganjur kejohanan sedang membincangkan hal ini dengan semua pihak yang terlibat sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.



Sehingga kini negara itu mencatatkan 33 kes tanpa kematian dan pihak Agensi Pelancongan juga melaporkan negara gajah putih itu mengalami kerugian sebanyak 10billion baht disebabkan kemasukkan pelancong luar adalah kurang.


40% pelancong dalam negara itu ketika ini adalah warga China yang datang secara berkumpulan dan menyebarkan virus secara langsung dan salah seorang adalah pemandu bas tempatan Thailand yang membawa pelancong China dijangkiti virus.


Bangkok Post juga melaporkan kerajaan Thailand menyekat kapal pelancongan mewah Holland America yang membawa 1455 penumpang untuk berlabuh yang dipercayai mempunyai tanda-tanda pembawakan virus setelah mula belayar dari Singapura.


Terbaru Astro Arena melaporkan, Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Malaysia dan Thailand merupakan sukan terawal yang menunda jadual mereka yang dijadualkan berlangsung pada Mac dan April 2020.


#TarmacSports #MotoGP #Coronavirus

5 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png