• Admin

Andrea Iannone Disyaki Guna Dadah Jenis 'Drostanolone'

Kemaskini: Jan 7

Apa yang patut kita tahu tentang fakta kes ini?


Di dalam MotoGP, kes seperti ini amat jarang kita dengar dalam sukan bermotor terutamanya dalam dua tayar. Buat masa ini secara praktikalnya FIM kenakan sekatan sementara bagi pelumba Aprillia Racing Team Gresini sehingga keputusan ujian 'sample B' dikeluarkan.



Kisah penggunaan bahan terlarang yang diumumkan oleh FIM baru-baru ini bermula selepas Malaysian Grand Prix pada November 3 memberi kejutan buat peminat MotoGP. Ia perkara yang jarang-jarang berlaku dalam permotoran dan semua ternanti-nanti apa yang bakal berlaku andai kata ujian 'sample B' juga positif?


Untuk pengetahuan, FIM sememangnya melarang penggunaan dadah atau ubatan berasaskan hormon yang melanggar peraturan World Anti-Dopping Agency (WADA) seperti dalam senarai mereka yang dikemaskini pada 2018. Merujuk kepada kenyataan rasmi FIM terdapat bahan terlarang yang diklasifikasikan sebagai "Food contamination possible" dalam ujian dopping Andrea.


Drostanolone, atau dromostanolone, adalah steroid anabolik-androgenik kumpulan dihydrotestosterone yang tidak pernah dipasarkan yang bukan hanya untuk tingkatkan prestasi tetapi berfungsi menyembuh sakit sendi ('relieve joint pain') dan mempercepatkan kesembuhan penyakit yang diharamkan oleh badan anti-dopping, WADA.


Sebelum itu, perlu juga diingatkan, Andrea pernah mengalami kecederaan pada bahu kiri dan memaksa dia melupakan perlumbaan di Misano dan jika benar seorang pelumba mahu mengguna pakai ubat bagi tujuan perubatan kesembuhan kecederaan harus mendapat kebenaran dari bahagian Perubatan FIM terlebih dahulu.


Kempen "Say no! to doping"


Pada 2018, FIM telah melancarkan kempen anti-dopping di Doha, Qatar sempena pembuka tirai perlumbaan tahun itu. Pengarah Perubatan FIM, Dr David McManus dan Penyelaras Anti-Doping FIM, Evelyne Magnin telah mengadakan pelbagai siri taklimat kepada semua pelumba Moto3, Moto2 dan MotoGP.

Taklimat dan penerangan adalah berkait rapat dengan bahayanya penggunaan bahan terlarang dalam sukan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada pelumba dan menyalahi etika dalam sukan. Selain itu pelumba juga diberi taklimat segala proses berkaitan anti-dopping dan bagaimana cara pencegahan awal melalui edaran manual.


Apa yang boleh Andrea Iannone buat?


Dia boleh cabar keputusan ujian bagi sample B dengan menulis surat kepada International Discipline Court (CDI) dalam tempoh 15 hari selepas surat rasmi diterima dari FIM dan boleh mencabar sebarang sekatan untuk beliau berlumba namun dia tetap dikenakan sekatan sementara oleh FIM disebabkan positif 'sample A'.


Andai kata beliau gagal mengatasi ujian sample B yang akan diketahui Januari 2020, beliau berdepan dengan hukuman sekatan dari menyertai mana-mana pertandingan sukan bermotor selama 4 tahun yang ditetapkan oleh FIM seperti yang terdapat dalam artikel 7.9.1 of the 2019 FIM Anti-doping Code.


Namun pelumba berusia 30 tahun yang berasal dari Itali itu tetap masih ada peluang jika CDI menolak rayuan atau cabaran keatas kes yang mengambil masa 45 hari. Andrea Iannone boleh bawa kes ke Tribunal Arbitral du Sport (TAS) atau juga dikenali sebagai Court of Arbitration for Sports (CAS) yang terletak di Switzerland.

Menerusi laman Instagram milik beliau, dia menyatakan belum ada surat rasmi dari FIM dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sepanjang karier beliau.


Ilmu yang kita dapat adalah pelumba, atau pengurus pelumba perlu tahu tentang peraturan awal yang ditetapkan oleh FIM dan badan-badan sukan berwajib. Pengambilan sebarang ubat tanpa kebenaran terutama musim perlumbaan boleh menyebabkan mereka kehilangan tempat jika didapati bersalah disebabkan kecuian sendiri.


-

Sila SHARE artikel ini jika bermaklumat.

Follow dan LIKE Tarmac Sports bagi semua platform Facebook, Instagram dan Twitter @tarmacsports

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020